You're visitor number ...

Saturday, 24 February 2018

Tabiat Tempah Maut Jika Buka Aircond Dan Tutup Tingkap Ketika Kereta.

Tabiat Tempah Maut Jika Buka Aircond Dan Tutup Tingkap Ketika Kereta...

Banyak kes kematian ketika tidur dalam kereta.  Tanpa kita sangka, tidur dalam kereta semasa kenderaan tidak bergerak boleh membunuh.  Tidur dalam kereta bahaya kalau enjin pasang, aircond juga dibuka tapi tingkap ditutup rapat sama juga kalau enjin dimatikan, aircond tidak dihidupkan dan tingkap ditutup.

Kedua-dua tabiat ini sangat salah kerana apabila enjin dihidupkan, dan kereta terbiar dalam jangka masa yang lama, kebocoran gas Karbon dioksida daripada ekzos boleh masuk melalui tempat duduk penumpang.

Melalui perkongsian sebuah portal ada menyatakan bahawa ada diantara kita yang akan berasa pening ketika mengadap kesesakan lalu lintas terlalu lama.  Ini adalah kerana, kita telah keracunan karbon dioksida.  Ketika kesesakan jalan, penghasilan gas karbon dioksida akan lebih banyak apabila kenderaan berkumpul bersama.  Oleh itu, apa yang patut anda buat adalah, buka tingkap dalam masa 30 saat untuk membenarkan oksigen masuk dan mengeluarkan Karbon dioksida daripada cabin.

Perkongsian daripada Maslaily Lijong dibawah ini sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada kita untuk lebih berhati-hati dengan keadaan gas kereta dan oksigen yang dihasilkan kerana ianya mampu membunuh jika salah kaedahnya.  Mari baca semoga dijadikan rujukan buat kita semua.

Sy baru mengikuti kursus gas leaking oleh Gas Malaysia 3 hari lps.  Ini skadar berkongsi ilmu.

(1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
Click to load this picture

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yg kenderaan lpskan.

Thursday, 1 February 2018

LEE THIAM WAH an Inspirational Story

Renung²kan

LEE THIAM WAH an Inspirational Story

1. Dia dilahirkan pada tahun 1964; diserang polio sewaktu kecil dan hilang kaki. Kini, beliau berkerusi roda. Ayahnya seorang buruh pembinaan. Ibunya penjaja. Dia ada 11 orang adik beradik.

2. Oleh kerana keluarga miskin, dia bersekolah setakat darjah enam. Sewaktu kecil, emaknya selalu bertanya, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi. Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"

3. Sebagai OKU, dia tidak ada pilihan. Dia menjual makanan ringan di pinggir jalan. Pada usia 23 tahun, dia dapat mengumpulkan RM5,000 dan itu jadi modal untuk dia buka sebuah kedai runcit di Klang.

4. Pada tahun 1992, dia menjual kedai runcit itu pada harga RM88,000 dan itu menjadi modal untuk dia buka pasar mini pertama.

6. Di peringkat awal, pasar mininya hanya beroperasi di Klang dan mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing.

7. Tagline yang digunakan untuk menarik mereka, "Dekat lagi murah."

8. Pada tahun 1999, dia menukar nama kedai menjadi 99Speedmart.

9. Hari ini, dia memiliki 1,000 buah pasar mini 99Speedmart di seluruh negara.

10. Sekiranya Lee Thiam Wah yang duduk di atas kerusi roda boleh memiliki empayar perniagaan runcit, apa lagi alasan untuk kita tidak berusaha?