You're visitor number ...

SEMESTER 2


Faktor-faktor peningkatan harga barangan keperluan asas

1. Kenaikan harga minyak petrol

·         Peningkatan harga bahan bakar menyebabkan kos pengeluaran barangan/ produk meningkat.

·         Hal ini berkait dengan kos operasi dan kos pengangkutan turut akan meningkat.

Pengeluar tidak dapat menampung kos yang tinggi menyebabkan kenaikan harga barangan untuk keuntungan yang lebih baik.


2.Permintaan di luar jangkaan

·         Permintaan terhadap sesuatu barangan/ produk di luar jangkaan khususnya di musim perayaan.

Sikap masyarakat yang suka berbelanja secara berlebihan menyebabkan pengeluaran tidak dapat menampung permintaan.


3.Pelaksanaan cukai terhadap perkhidmatan

·         Sistem cukai negara seperti SST telah memberi kesan kepada harga barangan/ produk.

Cukai sebegini sememangnya membebankan rakyat kerana terpaksa menanggung bebas kos barangan yang dibeli.


4. Pengurangan subsidi kerajaan

·         Pengurangan subsidi daripada kerajaan terhadap sesuatu barangan/ produk memberi kesan kepada kenaikan harga.

·         Hal ini berikutan kerajaan ingin mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pengeluaran negara.

Malahan, pengurangan subsidi ini turut berkait dengan masalah pihak pengeluar yang mengambil kesempatan terhadap subsidi yang diberikan oleh kerajaan.


5. Nilai mata wang negara yang tidak stabil

·         Nilai mata wang negara yang rendah berbanding dollar AS turut memberi kesan kepada harga barangan.

Harga barangan import yang tinggi kerana mata wang kita rendah.


6.Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

·         Penguatkuasa kurang melakukan pemantauan harga.

·         Penguatkuasa hanya melakukan kerja secara bermusim atau ketika ada aduan sahaja.

·         Wujud segelintir penguatkuasa yang terlibat dengan amalan rasuah.

Hukuman dan denda yang tidak setimpal kepada para pengeluar barangan atau peniaga.


7. Sikap peniaga

·         Sikap sesetengah peniaga yang tamak.

·         Peniaga ingin mengaut keuntungan yang lebih daripada jualan barangan.

·         Peniaga mengambil kesempatan apabila permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat.

·         Peniaga memonopoli sesuatu barangan dengan mengurangkan pengeluaran.

Wujud peniaga yang menyimpan stok barangan untuk tujuan menaikkan harga.


8. Pergantungan terhadap produk import

·         Terdapat barangan keperluan asas yang diimport daripada luar seperti daging, minyak masak.

·         Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barangan import naik mendadak.

Jika berlaku bencana alam di negara pengeksport, akan berlaku kenaikan harga barangan import dan pengguna akan membayar lebih.


9.Masalah bekalan bahan mentah.

·         Masalah kekurangan bekalan bahan mentah turut memberi kesan kenaikan harga barangan.

·         Masalah bencana alam seperti banjir yang menyebabkan kemusnahan hasil pertanian.

·         Masalah penyakit ke atas ternakan juga menyebabkan kekurangan bekalan bahan mentah.

Hal ini akan menyebabkan stok sedia ada akan berlaku kenaikan harga.








Checklist/ Mnemonik  Untuk Graf Sebelum Hantar .

T

Tajuk

Tajuk- Tempat

             Perkara/ Sektor

             Masa / Tahun / Tempoh 

Ditulis dengan HURUF BESAR

T

P

M

O

Titik Asas 0

Titik Asas 0 untuk Garis Garis , G.Bar dan  Carta pai

 

P

Petunjuk

Petunjuk –Tidak lebih 2 baris

Jangan lupa petunjuk garis untuk graf gabung

 

S

Sumber

Sumber disalin sepenuhnya dari soalan

 

N

Nilai

Nilai –Nilai Peratus bukan nilai sudut dilabel  dalam Carta Pai (Jumlahkan semua data dlm pai )(x lebih 100% )

Peratus carta pai ditulis dgn  2 titik perpuluhan

 

A

Anggaran

Pastikan perkataan anggaran / jangkaan/unjuran  ditulis pada tahun dan tajuk  jika angka adalah nilai anggaran sahaja.

 

I

Isi

Semak semula isi/ bar

 

L

Label

Pastikan label x dan y dilabel dengan betul

Pastikan unit untuk label x dalam kurungan  dan bukan sebaliknya.

Cth : Jumlah pengeluaran (tan metrik)

Pastikan 2 label paksi y dilabel dan dibuat skala untuk graf gabung

 

 

S

Skala

Garis Garis , Graf Bar

I cm =  X unit yg ditanya (1000 orang / RM 10 juta )

Carta Pai

Nisbah jejari 1: n (tiada unit )

Formula

Punca kuasa dua Jumlah Carta Kanan

Punca kuasa dua Jumlah Carta Kiri

 

 










Rukun Negara
Objektif
1.      Masyarakat yang adil-peluang yang sama
2.      Memelihara cara hidup demokratik
3.      Perpaduan yang erat-satu bangsa dan satu Negara
4.      Sikap yang liberal – budaya dan agama
5.      Masyarakat progresif- sains dan teknologi
Lima prinsip
1.      Kepercayaan kepada tuhan
2.      Kesetiaan kepada raja dan Negara
3.      Keluhuran perlembagaan- sumber undang-undang tertinggi
4.      Kedaulatan undang-undang
5.      Kesopanan dan kesusilaan


Wawasan 2020
1.      Malaysia bersatu- matlamat yang sama dan dikongsi bersama
2.      Masyarakat berjiwa bebas, tenteram, maju, berkeyakinan, bangga- tidak mengalah pada sesiapa
3.      Masyarakat demokratik- satu bentuk pemahaman yang matang- menjadi contoh
4.      Masyarakat bermoral dan beretika- agama, jiwa dan etika
5.      Masyarakat liberal dan bertolak ansur-bebas amalkan adat, budaya dan agama
6.      Saintifik dan progresif - menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi
7.      Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi-masyarakat lebih penting dari individu
8.      Masyarakat adil dan bidang ekonomi-pengagihan kekayaan secara adil dan saksama
9.      Masyarakat makmur- ekonomi bersaing,dinamik,giat dan kental.


Perancangan Negara
A.    Perangkaan Jangka Panjang
1.      Rangka Rancangan Jangka Panjang Satu- Dasar Ekonomi Baru – 1970-1990
2.      Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua- Dasar Pembangunan Nasional 1990-2000
3.      Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga- Dasar Wawasan Negara – 2000-2010
B.     Perangkaan Jangka Pendek
1.      Rancangan Malaya 1
2.      Rancangan Malaya 2
3.      Rancangan Malaysia 1 –
4.      Rancangan Malaysia 2-5 – Dasar Ekonomi Baru
5.      Rancangan Malaysia 6-7 – Dasar Pembangunan Nasional
6.      Rancangan Malaysia 8-9 – Dasar Wawasan Negara
7.      Rancangan Malaysia 10-11 – Model Ekonomi Baru
C.     Perangkaan Jangka Pendek/Bajet tahunan
. Belanjawan Negara


Dasar Ekonomi Baru
Objektif
1.      Membasmi kemiskinan – banyakkan peluang pekerjaan
2.      Penyusunan semula masyarakat-penghapusan pengenalan kaum


Dasar Pembangunan Nasional
1.      Keseimbangan optimum-pengagihan saksama
2.      Pembangunan seimbang antara sektor-sektor-saling  melengkapi
3.      Menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi- perkongsian secara lebih adil
4.      Antara negeri dan Bandar dan luar Bandar
5.      Masyarakat progresif
6.      Sumber manusia
7.      Sains dan teknologi-sosio ekonomi
8.      Perlindungan alam sekitar
Pembaharuan
i.                    Pembasmian kemiskinan penduduk termiskin
ii.                  Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
iii.                Penekanan sector swasta- penyususnan semula masyarakat
iv.                Pembangunan sumber manusia


Dasar Wawasan Negara 

(objektif utama perpaduan)-basmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
(Khasnya menyiapkan hala tuju Negara kea rah Negara maju 2020)
1.      Masyarakat Berpengetahuan
2.      Sumber dan kekuatan tempatan
3.      Pertanian, pembuatan dan perkhidmatan
4.      Miskin kumpulam kecil-kawasan terpencil, orang asli dan minoriti di Sabah dan Sarawak
5.      Bumiputera- ekuiti 30%
6.      Bumiputera- sektor utama
7.      Pembangunan sumber manusia
8.      Alam Sekitar yang mampan
9.      Bangsa berdaya tahan- hadapi globalisasi





 Model Ekonomi Baru
Negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020
Prinsip Utama
1.      Ekonomi Berpendapatan Tinggi – AS$15,000-AS$20,000
2.      Kemampanan- memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang
3.      Keterangkuman – semua menikmati kekayaan Negara



Lapan Inisiatif MBE
i.                    Peranan sector swasta
ii.                  Tenaga kerja berkualiti
iii.                Ekonomi domestic
iv.                Kukuhkan sector awam
v.                  Mesra pasaran
vi.                Infrastruktur asaskan pengetahuan
vii.              Tingkatkan sumber pertumbuhan
viii.            Pertumbuhan yang mapan



Empat Tonggak Utama
1.      Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2.      Program Transformasi Kerajaan  (PTK)
3.      Program Transformasi Ekonomi (PTE)
4.      Rancangan malaysia Kesepuluh

No comments:

Post a Comment