You're visitor number ...

Monday, 15 August 2022

Soalan karangan berkaitan dengan RUKUN NEGARA

Rukun Negara dijadikan ideologi negara untuk melahirkan rakyat yang menyedari tanggungjawabnya kepada negara. Namun, kini prinsip Rukun Negara makin terpinggir dan seolah-olah dilupakan. Bincangka SKOP : 2 + 3/ 3 + 2 KEPENTINGAN (TANGGUNGJAWAB) 1. Melahirkan rakyat yang taat kepada agama 2. Melahirkan rakyat yang patuh pada undangundang dan peraturan Negara 3. Melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi 4. Mewujudkan warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu SEBAB DIPINGGIR 5. Kurang penghayatan 6. Kurang kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni 7. Kurangnya jati diri rakyat 8. Kurang memahami sejarah pembentukan Rukun Negara Pernyataan Rukun Negara merupakan satu perkara penting kepada warga negaraMalaysia.Kegagalanwarganegara Malaysia menghayatinya akan memberikan kesan kepada negara. Jelaskan.(2+3@3+2) Fokus 1 - Kepentingan Rukun Negara ● Meningkatkan jati diri ● Menguatkan semangat patriotisme ● Mengamalkan nilai-nilai murni ● Melahirkan masyarakat yang menghormati perlembagaan negara Fokus 2 - Kesan tidak menghayati rukun negara ● Kedaulatan negara tergugat ● Jati diri terhakis ● Pembangunan negara terjejas ● Perpaduan negara tergugat Setiap lapisan masyarakat perlu menghayati dan mempraktikan prinsip-prinsip rukun negara bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara. Jelaskan. (5+0) Fokus 1 - sebab perlu dihayati dan dipraktikan ● Mewujudkan perpaduan masyarakat berbilang kaum ● Melahirkan masyarakatyangberjiwapatriotik/cinta akan negara ● Memantapkan jati diri ● Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika / berintegriti ● Melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik ● Membentuk masyarakat yang liberal ● Memelihara cara hidup demokratik ● Menerapkan amalan menghormati perlembagaan negar Prinsip pertama rukun negara digubal selaras dengan beberapa kepentingan. Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat dilihat semakin tidak menghayati prinsip tersebut, Ulaskan (2+3@3+2) Fokus 1 - Kepentingan Prinsip kepercayaan kepada Tuhan ● Agama dapat mengisi kekosongan jiwa ● Dapat membendung gejala sosial dan jenayah ● Dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi ● Dapat melahirkan keluarga harmoni ● Dapat mewujudkan masyarakat bersatu padu Fokus 2 - punca masyarakat semakin tidak menghayati prinsip tersebut ● Pengaruh budaya hedonism / hiburan /keseronokan ● Ibu bapa kurang mementingkan agama ● Perubahan nilai dalam masyarakat ● Pengaruh media massa Penghayatan dan amalan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara boleh mewujudkan kemajuan dan keharmonian dalam negara. Bincangkan (5+0) Fokus 1 - Penghayatan Rukun Negara (RN) dlm mewujudkan keharmonian dan kemajuan negara ● Penghayatan terhadap amalan prinsip-prinsip Rukun negara ● Penghayatan terhadap RN mewujudkan perpaduan / identiti negara bangsa ● Penghayatan RN mewujudkan cara hidup demokratik ● Penghayatan RN membentuk keazaman /cita-cita yg sama untuk kemajuan ● RN mewujudkan masy. yg adil ● RN mendidik tentang perundangan ● RN mendidik nilai kesopanan dan kesusilaan Penerapan prinsip kelima Rukun Negara dalam diri rakyat Malaysia adalah penting sebagai persediaan negara mencapai status negara maju. Pelbagai usaha perlu diambil bagi menjayakan hasrat tersebut. Bincangkan. (2+3@3+2) Fokus 1 - Kepentingan penerapan prinsip kelima ● Membentuk masy. Yg bersatu padu ● Mewujudkan masy. Yg menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain ● Mewujudkan masy. Yang bermoral dan beretika ● Menjamin pembangunan negara berterusan ● Membendung gejala sosial ● Meningkatkan imej negara Fokus 2 - Usaha mencapai negara maju ● Melalui pendidikan/transformasi pendidikan ● Meningkatkan kempen kesedaran RN ● Mempergiatkan program perpaduan rakyat / aktiviti kemasyarakatan ● Memperkukuhkan penghayatan agama dan moral ● Melalui dasar kerajaan ● Membangunkan modal insan ● Mengamalkan budaya inovasi dan kreativiti ● Mengamalkan budaya berprestasi tinggi Penghayatan dan pengamalan Rukun Negara menghadapi pelbagai halangan untuk direalisasikan. Jelaskan(5+0) Fokus 1 - Halangan ● Perpaduan yang goyah/longgar/lemah ● Pengaruh negatif budaya luar/asing ● Kurang semangat patriotisme/cinta akan negara ● Kurang kesedaran penghayatan RN Penyalahgunaan teknologi maklumat /ICT ● Peningkatan gejala sosial Salah satu prinsip dalam Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada Tuhan yang merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan. Prinsip ini jelas menunjukkan kepentingan agama sebagai panduan hidup namun masih ramai yang mengabaikannya. Bincangkan Fokus 1 - Kepentingan Agama sebagai panduan hidup ● Membendung gejala sosial atau jenayah ● Melahirkan individu yang mempunyai nilai moral / nilai murni yang tinggi ● Melahirkan keluarga yang harmoni / bahagia ● Mewujudkan masy. yg bersatu padu ● Mengisi kekosongan jiwa Fokus 2 - Faktor pengabaian agama sebagai panduan hidup ● Pengaruh budaya hedonisme/hiburan/keseronokan ● Kurang penghayatan agama ● Keruntuhan institusi kekeluargaan ● Sikap materialistik ● Pengaruh media massa Pembentukan sebuah negara maju tanpa nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan akan membawa kepada pembangunan yang tidak seimbang. Oleh hal yang demikian, prinsip Kesopanan dan Kesusilaan tidak boleh dinafikan kepentingannya dan usaha-usaha untuk memantapkannya harus diambil segera. Bincangkan. (2+3@3+2) Fokus 1 - Kepentingan ● Dapat membentuk masy bersatu padu ● Dapat mewujudkan masy bermoral dan beretika ● Dapat mewujudkan masy berbilang kaum yang harmoni ● Dapat mewujudkan masy yang menghormati kaum lain ● Membendung gejala sosial ● Meningkatkan imej negara Fokus 2 - Usaha-usaha ● Meningkatkan kempen kesedaran ● Memperkukuh penghayatan agama / moral / nilai murni ● Melalui pendidikan ● Menyebar luas maklumat yang tepat ● Mempergiat aktiviti kemasyarakatan Objektif penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu pasu, demokratik, saintifik, progresif dan bersikap terbuka terhadap cara hidup pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk merealisasikan objektif tersebut. Bincangkan. (5+0) Fokus 1 - Peranan rakyat ● Rakyat perlu bersatu ● Bermoral dan beretika ● Bersikap liberal dan bertolak ansur ● Menghormati perlembagaan negara ● Meningkatkan semangat patriotik ● Memelihara cara hidup demokratik ● Membina masyarakat saintifik dan progresif Prinsip ke-4 Rukun Negara ialah “Kedaulatan Undang-undang”. Jelaskan bagaimana pegangan prinsip ini membawa perpaduan kepada rakyat Malaysia. (5+0) Fokus 1 - Prinsip Kedaulatan undang-undang membawa perpaduan ● Semua rakyat sama di sisi undang-undang ● Mewujudkan kepatuhan kepada semua orang ● Penyelesaian konflik politik ● Pengurusan ekonomi secara adil ● Dapat mengelak konflik social ● Konflik agama dapat ditangani ● Hak dipertahan mengikut peruntukan undang-undang ● Menyelesaikan konflik dengan pemerintah Salah satu prinsip dalam Rukun Negara ialah “Kepercayaan kepada Tuhan” yang merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa agama penting sebagai panduan hidup namun terdapat masyarakat yang mengabaikannya. Bincangkan. (2+3@3+2) Fokus 1 - Kepentingan agama sebagai panduan hidup ● Membendung gejala sosial atau jenayah ● Melahirkan individu yang mempunyai nilai moral/nilai murni yang tinggi ● Melahirkan keluarga yang harmoni dan bahagia ● Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu ● Mengisi kekosongan jiwa Fokus 2 - Faktor Pengabaian agama ● Pengaruh budaya hedonisme ● Kurang penghayatan agama ● Keruntuhan institusi kekeluargaan ● Sikap materialistik ● Pengaruh media massa

Tuesday, 5 July 2022

RUKUN NEGARA

1. Matlamat Rukun Negara 

-untuk mencipta masyarakat yang adil 

-untuk memelihara cara hidup demokratik 

-untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat 

-untuk membentuk satu sikap masyarakat liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai 

-untuk membina masyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden 

2. Prinsip Rukun Negara -kepercayaan kpd Tuhan 

-kesetiaan kepada raja dan negara -keluhuran Perlembagaan 

-kedaulatan undang-undang -kesopanan dan kesusilaan 

3. Cabaran penghayatan Rukun Negara - sikap masyarakat 

- mempersoal kedaulatan/kuasa raja-raja 

- perpaduan yg longgar - perkembangan ICT/arus globalisasi 

- penghayatan dan amalan agama/moral yg longgar 

4. Langkah/Usaha/Strategi/Pendekatan/Tindakan pengukuhan penghayatan Rukun Negara 

- dasar/ketetapan/arahan kerajaan 

- program kemasyakatan ke arah perpaduan 

- pendidikan formal 

–kurikulum dan kokurikulum 

- kempen kesedaran melalui pelbagai media 

- peranan keluarga/ibu bapa meningkat penghayatan rukun negara

Monday, 2 August 2021

Pelbagai manfaat teknologi nano

 PENYELIDIKAN mengenai penggunaan teknologi nano yang disifatkan sebagai penemuan paling maju abad ini menghasilkan pelbagai ilmu baharu termasuk dalam bidang perubatan. Partikel nano dan saiznya yang sangat kecil, memberi pelbagai kelebihan digabungkan dengan unsur lain seperti molekul aktif ubatan, antibiotik, protein dan dioksiribonuklik acid (DNA) sekali gus diaplikasikan dalam bidang perubatan. Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI), Dr Ruslinda A Rahim, berkata antara penggunaan teknologi nano paling utama dalam bidang perubatan termasuk melalui prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) Katanya, MRI merujuk kepada penghasilan pengimejan organ dalaman manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet. Uniknya, imej dihasilkan melalui penggunaan teknologi nano dalam MRI, menjadikannya 1,000 kali lebih jelas. Meskipun prosedur MRI sudah lama dilaksanakan, tetapi penggunaan partikel nano ion oksida kini, memberi nilai tambah dalam mempertingkatkan kejelasan imej yang dihasilkan.

"Teknologi nano bukan saja membolehkan pengesanan penyakit dilakukan segera, malah imej dihasilkan MRI boleh diambil daripada pelbagai dimensi dan memberi gambaran lebih jelas. "Penggunaan teknologi ini secara meluas pada MRI membantu memudahkan doktor melakukan kerja diagnostik dengan lebih cepat dan tepat. "Malah, ia juga memungkinkan pakar perubatan membuat pengesanan awal kanser dan ketumbuhan pada pesakit," katanya. Nano titanium rawat sendi Ruslinda berkata, teknologi nano juga digunakan dalam penghasilan komponen utama vaksin COVID-19 yang dikeluarkan Pfizer-BioNTech.Penggunaan partikel nano-lipid itu dibuat bagi melindungi dan membawa messenger asid ribonukleik (mRNA) ke tapak sasaran yang tepat pada sel dalam badan manusia. Perkembangan teknologi nano dalam rawatan pesakit di negara ini berlaku selaras perkembangannya di seluruh dunia. Selain dalam MRI, elemen teknologi nano juga digunakan dengan meluas membabitkan peralatan perubatan, implan dan ubatan."Nano titanium, contohnya digunakan sebagai penyalut (coating) bagi implan perubatan atau antiseptik. "Penggunaan nano titanium dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan," katanya. 

Elak memudaratkan kesihatan Ruslinda berkata, penyelidikan mengenai teknologi nano termasuk dalam bidang perubatan sudah bermula sejak dua dekad yang lalu dan sehingga kini MOSTI mengenal pasti lebih 400 pakar teknologi ini dalam pelbagai bidang. Selain dalam bidang perubatan, teknologi nano turut digunakan dengan meluas dalam pertanian, elektronik elektrik, tenaga, kosmetik hinggalah kepada keselamatan makanan. Meskipun mempunyai manfaat dalam bidang perubatan tetapi beliau tidak menafikan partikel nano mempunyai potensi untuk memudaratkan manusia. Justeru, penyelidikan susulan mengenai penggunaan teknologi nano dalam bidang perubatan diperlukan bagi memastikan partikel nano tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Ruslinda merujuk perkembangan berlaku di Kanada baru-baru ini, apabila terdapat arahan melarang penggunaan pelitup muka mengandungi bahan grafin kerana dikatakan boleh menimbulkan risiko bahaya. Meskipun grafin mempunyai manfaat termasuk mampu membunuh bakteria dan virus yang terdedah kepadanya, tetapi timbul kegusaran pemakaiannya pada pelitup muka akan menyebabkan pengguna terhidu partikel grafin dan seterusnya memberi kesan kepada paru-paru. Di Eropah penilaian semula sedang dilakukan berhubung penggunaan titanium dioxide dalam industri makanan dan nano-perak sebagai agen nyahkuman.

Perlu lebih banyak kajian Ruslinda berkata, perkembangan ini memperlihatkan keperluan untuk lebih banyak kajian penilaian risiko dilakukan bagi memastikan penggunaan teknologi ini tidak membawa kemudaratan kepada pengguna."Memang ada kebaikan teknologi nano pada bidang perubatan, tetapi lebih banyak kajian perlu dilakukan membabitkan kesannya kepada manusia bagi memastikan ia selamat digunakan. "Antara badan antarabangsa yang membincangkan isu keselamatan penggunaan bahan teknologi nano ialah Working Party on Manufactured Nanomaterial (WPMN) di bawah Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) yang turut saya anggotai," katanya. Disebabkan kesedaran mengenai penggunaan teknologi nano masih rendah, MOSTI menjalankan kajian bagi membangunkan satu penanda aras untuk menetapkan risiko keselamatan produk berasaskan nano. Nano Malaysia Berhad (NanoMalaysia) melalui anak syarikatnya, NANOVerify Sdn Bhd (NANOVerify), turut melaksanakan program pensijilan ke atas produk berasaskan teknologi nano secara sukarela. Kewujudan melihat perkembangan hari ini yang mana semakin banyak pengeluar memasukkan elemen nano di dalam produk mereka. "NANOVerify akan melakukan proses pemeriksaan bagi mengesahkan elemen nano dalam sesuatu produk. "Dengan cara ini, pengguna boleh mengetahui sama ada produk digunakan benar-benar mengandungi elemen nano atau sekadar dakwaan dibuat pengeluar," katanya.

contoh nya

Penggunaan teknologi nano juga digunakan dalam penghasilan komponen utama vaksin COVID-19 yang dikeluarkan PfizerBioNTech. 

Wednesday, 9 October 2019

Faktor penentu kejayaan Pelan Integriti Nasional

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEJAYAAN SASARAN PIN

Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor yang menyumbang kejayaan sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah :

1. Kepimpinan berteladan

2. Pendidikan berterusan dan berulang

3. Komunikasi berkesan

4. Persekitaran budaya yang kondusif

5. Kesediaan individu untuk berubah

Kepimpinan Berteladan

Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.

Pendidikan berterusan dan berulang

Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilai­nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur­ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

Komunikasi Berkesan

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.

Persekitaran Budaya yang Kondusif

Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya.
Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

Kesediaan individu untuk Berubah

Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

Friday, 16 August 2019

Nora, A story of Malaysia

We Malaysians have our “waterfall” moments too. Like Nora, we go looking for them every now and then. Sometimes, we find it. Sometimes, we don’t.

But the search is a necessary journey. Seeing the waterfall, we will exclaim as John Keats did in Ode To A Grecian Urn, “Beauty is truth, truth beauty”.

In waterfalls, there is magic when sound meets sight. We are “waterfalls”, too, in a manner of speaking. Man, the created being, is an unmatched beauty. People in love know this.

Lovers will tell you how beautiful the one is to the other. But this magic waxes and wanes. Because we train our eyes to look for differences, not similarities.

Nora was a differently-abled lady. She had a way of seeing we must learn.

The way she saw waterfalls was one. There must have been many more we do not know.

All packed in the very short 15-year life. Nora walked miles in the dark to see the beauty in God’s creation. We must too. Not only in the woods and trees. But also the beauty of the humans that we are.

Yes, there is much noise out there. And other discordance. But there is music too. The discerning will hear this. To hear is to love all the things that God has created in the Universe.

Nora did something unexplainable to us Malaysians. For 10 troubled days, we followed every piece of news of the young visitor, hoping someone would find her alive.

The world, too, watched from afar. For that very 10 days, we did the same thing together: looked out for her. We saw neither colour nor creed. Gone were our usual distractions of divisive things.

Nora is not with us any more, but she has left a lesson for us all: “see” with your heart’s “eyes”. Because the other pair isn’t colour blind.

Thus we discover ourselves. The beauty in our differences. Through Nora. This is Nora’s story.

A story of Malaysia

Thursday, 8 August 2019

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA MALAYSIA

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI

Ada satu pepatah Inggeris yang menyebut “Money makes the world go round” yang mana membawa maksud bahawa duit yang menyebabkan dunia ini terus berputar. Dalam erti kata lain, hanya dengan wang ringgit dan harta kekayaan barulah hidup ini bermakna dan boleh diteruskan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa tidak kira di mana seseorang itu berada, wang amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang cuba ditekankan di sini ialah faktor ekonomi boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu.

Semenjak tahun 2008, harga barang di Malaysia mulai naik satu-persatu disebabkan oleh kegawatan ekonomi,. Seawal tahun 2008, harga minyak mulai naik diikuti oleh beras, gula, ikan, minyak masak dan lain-lain lagi. Bukan sahaja harga barang makanan melonjak, malahan peningkatan kos turut berlaku dalam sektor perkhidmatan dan servis yang lain seperti pengangkutan dan pendidikan. Rakyat melihat kesan inflasi ini sebagai ketidakcekapan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sehingga harga barang melambung tidak selaras dengan pendapatan rakyat. Sebagai mencari jalan keluar, rakyat akan menggunakan semua saluran yang ada untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia tanpa menyedari ianya berpotensi untuk meruntuhkan negara.

Pembahagian kekayaan negara yang tidak seimbang juga menjadi punca kemarahan rakyat yang akan membawa kepada kemusnahan negara. Acapkali kedengaran isu mengenai kronisme, pilih kasih dan penguasaan harta oleh golongan tertentu menjadi bualan di media elektronik dan alam siber. Bilamana kekayaan negara hanya berlegar kepada golongan tertentu sahaja sehingga mengakibatkan peluang ekonomi orang lain terjejas, ini akan mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Rakyat akan bertindak untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dilihat tidak telus di mata mereka. Penyebaran cerita-cerita yang tidak enak akan berlaku sehingga boleh mengaibkan sesetengah pihak dan memecah-belahkan masyarakat.

Polisi kerajaan yang membenarkan kemasukan gergasi-gergasi ekonomi dari luar juga boleh membawa kepada kemusnahan negara jika tidak diawasi dengan baik. Kemasukan gedung-gedung besar seperti Giant, Tesco, Carrefour dan sebagainya telah menutup dan merosakkan peluang ekonomi peniaga-peniaga kecil tempatan. Sememangnya melalui kemasukan syarikat-syarikat ini akan membuka peluang pekerjaan, namun apalah ertinya jika ianya diambil oleh pendatang asing yang semakin bercambah. Akhirnya rakyat tempatan akan melukut di tepi gantang. Sudahlah kehilangan peluang perniagaan, kini kehilangan peluang pekerjaan pula. Justeru itu, kerajaan seharusnya bijak menangani isu ini. Janganlah ibarat kata pepatah, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Sehubungan itu, adalah penting bagi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang melanda negara Malaysia pada kadar yang segera. Dikhuatiri faktor ekonomi ini boleh membawa keruntuhan kepada kehancuran Malaysia jika tidak ditangani dengan bijak.

Mayapada, kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar kepada negara dan mendatangkan masalah kepada keluarga. Dari segi konsepsinya, kemelesetan ekonomi merujuk kepada tekanan kewangan yang dihadapi oleh negara hingga menjejaskan kehidupan masyarakat sesebuah negara.Kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada hari ini tatkala pasaran eksport negara semakin hilang kompetitif dan hal ini menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan hingga mengganggu gugat kesejahteraan keluarga. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kemelesetan ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi Malaysia dan akibatnya sektor perusahaan dan perkhidmatan mengalami penyusutan permintaan. Oleh itu, langkah yang proaktif perlu diambil segera bagi meringankan beban keluarga dalam menghadapi kegawatan ekonomi pada hari ini.

Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Negara dan Global

Krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 3.7 peratus pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar 2.2 peratus.

Situasi tersebut sudah pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada ekonomi negara akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.

Beberapa langkah yg perlu diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan mengambil langkah mengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan. Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil.

Melalui langkah-langkah pentadbiran pula, kerajaan mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.

Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.

Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya membeli barang buatan Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

       Langkah perdana untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kemelesetan ekonomi adalah dengan mengamalkan amalan berjimat cermat. Hal ini demikian, kerana berjimat cermat dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga. Justeru, kita hendaklah membeli barang yang diperlukan sahaja dan mengurangkan pembelian barangan mewah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir  47 peratus rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan mereka dan hal ini sangat membimbangkan. Oleh itu, sikap biar papa asalkan bergaya yang menjadi amalan segelintir rakyat di negara ini perlu ditangani segera. Sekiranya, amalan berjimat cermat berjaya disemai dan menjadi amalan rakyat Malaysia, nescaya beban keluarga dapat  diringankan sekali gus mampu menghadapi tsunami kemelesetan ekonomi dunia.

Kerajaan harus mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.

Kerajaan juga perlu mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan bukannya menguncup demi untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat. Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.

Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti

Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global. Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan.

Menteri Sumber Manusia, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi, mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.

Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.

Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula

Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil dan sederhana menerusi latihan semula bagi membolehkan industri berkenaan bersaing di pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S. Subramaniam berkata, latihan semula itu yang akan diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.

Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.

Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.

Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.

Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.

*Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.

Kesan kemelesetan ekonomi

1. kadar inflasi yang tinggi,

2. kenaikan harga barang,

3. penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.

Langkah yg dimbil oleh kerajaan

3 kategori

1.      langkah-langkah fiskal,

2.      kewangan

3.       pentadbiran

Kebijakan fiskal atau kebijakan anggaran adalah kebijakan yang dilakukan pemerintah dengan cara mengubah penerimaan dan pengeluaran negara. Untuk mengatasi inflasi, pemerintah dapat melakukan kebijakan fiskal sebagai berikut:

1) Mengurangi pengeluaran pemerintah.

Untuk mengatasi inflasi, pemerintah dapat mengurangi pengeluaran sehingga permintaan terhadap barang dan jasa berkurang, yang pada akhirnya dapat menurunkan harga-harga.

2) Menaikkan tarif pajak.

Untuk mengatasi inflasi, pemerintah dapat menaikkan tarif pajak. Kenaikan tarif pajak akan mengurangi tingkat konsumsi masyarakat. Berkurangnya tingkat konsumsi akan mengurangi permintaan terhadap barang dan jasa yang akhirnya dapat menurunkan harga-harga.

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk