FAKTOR YANG MENYUMBANG KEJAYAAN SASARAN PIN
Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor yang menyumbang kejayaan sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah :
1. Kepimpinan berteladan
2. Pendidikan berterusan dan berulang
3. Komunikasi berkesan
4. Persekitaran budaya yang kondusif
5. Kesediaan individu untuk berubah
Kepimpinan Berteladan
Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.
Pendidikan berterusan dan berulang
Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilainilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransuransur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.
Komunikasi Berkesan
Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.
Persekitaran Budaya yang Kondusif
Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya.
Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.
Kesediaan individu untuk Berubah
Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.
No comments:
Post a Comment