You're visitor number ...

Tuesday, 29 August 2017

Langkah-langkah mengekalkan kedaulatan negara

Kepentingan mengekalkan kedaulatan negaraPerpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.

Langkah langkah mengekalkan kedaulatan negara

- Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat :

Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.
Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
-Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati

Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.
Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Kita harus  mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya.
-Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.

Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia.
Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan silaturahim.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.
- Bersifat produktif untuk memajukan negara

Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.
Kesimpulan
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semu

105 comments:

  1. Thank you ..sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. It's was good but also got few spelling mistakes. At the same time thank you for the helpful information.

    ReplyDelete
  3. thanks for a lot of suggestions.. its really give myself to take more ideas..

    ReplyDelete
  4. Very this page helpful to all student's

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh panjang lagi🙄

    ReplyDelete
  6. Thank u... sangat berguna utk pembelajaran

    ReplyDelete
  7. thank youn so much for the information sir /madam

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. Ya allah thank you!! page ni helpful gila THANK YOU SANGAT SANGAT !! I LOVE YOU !!

    ReplyDelete
  10. thank you for all this ,because of u i can do my school work.tapi tolong besarkan tulisannya bolh tak kecik betul.

    ReplyDelete
  11. Thank u jutsu
    Susah btol nak cari

    ReplyDelete
  12. thanks a lot !
    from : batch 03 yg tersakiti

    ReplyDelete
  13. Terimakasih from batch 04 :)

    ReplyDelete
  14. thankyou, sangat membantu :)

    ReplyDelete
  15. Hi kawan.Sy nak buat folio sejarah tingkatan 2.Tapi folio sy ada memelihara kedaulutan melaka.Boleh tahu sebab ni

    ReplyDelete
  16. khadijah sangat cantik okbye HAHAHA

    ReplyDelete
  17. thank you so much for this content.you are my true hero

    ReplyDelete
  18. apa masalah komen2 kat sini.. btw thank you :)

    ReplyDelete
  19. Thanks .. maklumat ini sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  20. Thanks you....maklumat ini sangat bermanfaat... Senang difahami dan dihayati 👍

    ReplyDelete
  21. Tq sbab artikel ni sejarah saya A.Jadi bahan tiru😂😂

    ReplyDelete
  22. sebenarnye tengah exam ni.....nice thank u for help <3

    ReplyDelete
  23. nice job on this..i appreciate it :)

    ReplyDelete
  24. Tq for help,,sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  25. Sangat membantu saya menjawab soalan peperiksaan SPM.Terima kasih banyak².
    Di sebabkan maklumat ini saya lulus
    Ujian Sejarah SPM :)

    ReplyDelete
  26. Thank you<3..sangat membantu untuk saya siapkan kerja khusus.,🥰

    ReplyDelete
  27. Ty !.... sangat membantu untuk saya siapkan kerja kursus saya ^-^

    ReplyDelete