FAKTOR
DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI
Ada satu pepatah Inggeris yang menyebut
“Money makes the world go round” yang mana membawa maksud bahawa duit yang
menyebabkan dunia ini terus berputar. Dalam erti kata lain, hanya dengan wang
ringgit dan harta kekayaan barulah hidup ini bermakna dan boleh diteruskan.
Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa tidak kira di mana seseorang itu berada,
wang amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang cuba
ditekankan di sini ialah faktor ekonomi boleh menentukan jatuh bangun sesebuah
negara itu.
Semenjak tahun 2008, harga barang di
Malaysia mulai naik satu-persatu disebabkan oleh kegawatan ekonomi,. Seawal
tahun 2008, harga minyak mulai naik diikuti oleh beras, gula, ikan, minyak
masak dan lain-lain lagi. Bukan sahaja harga barang makanan melonjak, malahan
peningkatan kos turut berlaku dalam sektor perkhidmatan dan servis yang lain
seperti pengangkutan dan pendidikan. Rakyat melihat kesan inflasi ini sebagai
ketidakcekapan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sehingga harga barang
melambung tidak selaras dengan pendapatan rakyat. Sebagai mencari jalan keluar,
rakyat akan menggunakan semua saluran yang ada untuk meluahkan perasaan tidak
puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia tanpa menyedari ianya berpotensi
untuk meruntuhkan negara.
Pembahagian
kekayaan negara yang tidak seimbang
juga menjadi punca kemarahan rakyat yang akan membawa kepada kemusnahan negara.
Acapkali kedengaran isu mengenai kronisme, pilih kasih dan penguasaan harta
oleh golongan tertentu menjadi bualan di media elektronik dan alam siber.
Bilamana kekayaan negara hanya berlegar kepada golongan tertentu sahaja
sehingga mengakibatkan peluang ekonomi orang lain terjejas, ini akan mengundang
kepada perkara yang tidak diingini. Rakyat akan bertindak untuk menjatuhkan
pemimpin-pemimpin yang dilihat tidak telus di mata mereka. Penyebaran
cerita-cerita yang tidak enak akan berlaku sehingga boleh mengaibkan sesetengah
pihak dan memecah-belahkan masyarakat.
Polisi
kerajaan yang membenarkan kemasukan gergasi-gergasi ekonomi dari luar juga boleh membawa kepada kemusnahan
negara jika tidak diawasi dengan baik. Kemasukan gedung-gedung besar seperti
Giant, Tesco, Carrefour dan sebagainya telah menutup dan merosakkan peluang
ekonomi peniaga-peniaga kecil tempatan. Sememangnya melalui kemasukan
syarikat-syarikat ini akan membuka peluang pekerjaan, namun apalah ertinya jika
ianya diambil oleh pendatang asing yang semakin bercambah. Akhirnya rakyat
tempatan akan melukut di tepi gantang. Sudahlah kehilangan peluang perniagaan,
kini kehilangan peluang pekerjaan pula. Justeru itu, kerajaan seharusnya bijak
menangani isu ini. Janganlah ibarat kata pepatah, “Kera di hutan disusukan,
anak di rumah mati kelaparan”.
Sehubungan itu, adalah penting bagi
kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang melanda negara
Malaysia pada kadar yang segera. Dikhuatiri faktor ekonomi ini boleh membawa
keruntuhan kepada kehancuran Malaysia jika tidak ditangani dengan bijak.
Mayapada, kemelesetan ekonomi dunia telah
memberi impak yang besar kepada negara dan mendatangkan masalah kepada keluarga. Dari segi konsepsinya, kemelesetan
ekonomi merujuk kepada tekanan kewangan yang dihadapi oleh negara hingga
menjejaskan kehidupan masyarakat sesebuah negara.Kemelesetan ekonomi dunia
berlaku pada hari ini tatkala pasaran eksport negara semakin hilang kompetitif
dan hal ini menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan hingga mengganggu
gugat kesejahteraan keluarga. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kemelesetan
ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi Malaysia dan akibatnya sektor
perusahaan dan perkhidmatan mengalami penyusutan permintaan. Oleh itu, langkah
yang proaktif perlu diambil segera bagi meringankan beban keluarga dalam
menghadapi kegawatan ekonomi pada hari ini.
Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Negara dan
Global
Krisis kewangan global yang secara
langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini bakal
menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar
3.7 peratus pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada
sekitar 2.2 peratus.
Situasi tersebut sudah pastinya
menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak
terkecuali daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada ekonomi negara akan
menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa segi antaranya,
kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan
pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.
Beberapa langkah yg perlu diambil oleh
kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha memerangi inflasi dan
menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan
pentadbiran.
Melalui langkah fiskal
dan kewangan, kerajaan
mengambil langkah mengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan.
Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar
kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil.
Melalui langkah-langkah
pentadbiran pula, kerajaan
mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki
sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.
Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara
industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan
teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu juga dengan
sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi
memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen.
Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi
kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti
pengeluaran.
Untuk meningkatkan
kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya
seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan
Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan
berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan
kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup
orang berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk
meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh
mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.
Objektif utama kempen ialah untuk
mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap
sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan
kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi
dengan menggalakkan pengguna supaya membeli barang buatan Malaysia, mengelakkan
pembelian tidak dirancang, membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan,
menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung, mengurangkan pembelian
menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para
peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.
Langkah perdana untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi
kemelesetan ekonomi adalah dengan mengamalkan
amalan berjimat cermat. Hal ini demikian, kerana berjimat cermat dapat
membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga. Justeru, kita
hendaklah membeli barang yang diperlukan sahaja dan mengurangkan pembelian
barangan mewah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir 47 peratus rakyat Malaysia berbelanja
melebihi kemampuan mereka dan hal ini sangat membimbangkan. Oleh itu, sikap
biar papa asalkan bergaya yang menjadi amalan segelintir rakyat di negara ini
perlu ditangani segera. Sekiranya, amalan berjimat cermat berjaya disemai dan
menjadi amalan rakyat Malaysia, nescaya beban keluarga dapat diringankan sekali gus mampu menghadapi tsunami
kemelesetan ekonomi dunia.
Kerajaan harus mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti
petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi
diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana
bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan
di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang
kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat.
Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan
dari kejatuhan harga minyak.
Kerajaan juga perlu mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan
bukannya menguncup demi untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat.
Walaupun terpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada
4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat.
Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak
menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah
mencapai 5.5 peratus.
Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja
diberhenti
Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan
dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh
majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global. Dua jawatankuasa itu
ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang
Diberhentikan.
Menteri Sumber Manusia, berkata
Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan
berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh
majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan
itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi,
mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan
kerja tanpa mengira bidang.
Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang
Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka
beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan
diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan
RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan
sedang diusahakan.
Mempertingkatkan kemahiran pekerja
menerusi latihan semula
Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran
kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil dan sederhana menerusi latihan
semula bagi membolehkan industri berkenaan bersaing di pasaran lebih besar dan
berdikari. Datuk Dr S. Subramaniam berkata, latihan semula itu yang akan
diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan
Sumber Manusia.
Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan.
Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan
ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan
membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.
Perlu menambah tahap efisien daripada
peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian
Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi
lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat
misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.
Dalam keadaan dunia yang mencabar hari
ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk
mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran
sekarang.
Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang
dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan
100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor
penghasilan kerja.
Perlu memastikan setiap produk dan
perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai
ringgit kepada kerajaan.
*Hindari rasuah dan terus berpegang kepada
nilai-nilai integriti.
Kesan
kemelesetan ekonomi
1. kadar inflasi yang tinggi,
2. kenaikan harga barang,
3. penutupan kilang dan pemberhentian
pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.
Langkah yg dimbil oleh kerajaan
3 kategori
1.
langkah-langkah
fiskal,
2.
kewangan
3.
pentadbiran
Kebijakan fiskal atau
kebijakan anggaran adalah kebijakan yang dilakukan pemerintah dengan cara
mengubah penerimaan dan pengeluaran negara. Untuk mengatasi inflasi, pemerintah
dapat melakukan kebijakan fiskal sebagai berikut:
1) Mengurangi
pengeluaran pemerintah.
Untuk mengatasi
inflasi, pemerintah dapat mengurangi pengeluaran sehingga permintaan terhadap
barang dan jasa berkurang, yang pada akhirnya dapat menurunkan harga-harga.
2) Menaikkan tarif
pajak.
Untuk mengatasi
inflasi, pemerintah dapat menaikkan tarif pajak. Kenaikan tarif pajak akan
mengurangi tingkat konsumsi masyarakat. Berkurangnya tingkat konsumsi akan
mengurangi permintaan terhadap barang dan jasa yang akhirnya dapat menurunkan
harga-harga.

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan
untuk