You're visitor number ...

Friday 22 July 2016

Contoh skema jawapan STPM Penggal 1 Terbaharu

Pernyatan 1
Encik Z telah ditahan dalam satu serbuan polis kerana disyaki terlibat dalam satu kes jenayah.

  soalan 1
Berdasarkan situasi di atas, nyatakan empat hak Encik Z menurut peruntukan Kebebasan Diri dalam Perlembagaan Persekutuan? [4]
1. Encik Z berhak berunding dengan peguamnya
 2. Encik Z tidak boleh ditahan oleh pihak polis lebih 24 jam kecuali setelah dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan (1)
3. Encik Z yang ditahan oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera
 4. Jika Encik Z ditangkap dengan tidak mengikut undang-undang, dia boleh memohon herbeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya. (1)
5. Encik Z berhak untuk berdiam diri

 Soalan 2
Terangkan dua sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan agensi yang bebas [4]
 1. Bebas kerana anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis raja-raja./ Bukan pegawai kerajaan / Tidak boleh memegang jawatan lain.
2. Bebas kerana tidak dipengaruhi oleh pati politik / tidak dipengaruhi oleh badan pemerintahan/kehakiman.
3. Kelulusan parlimen – sekiranya ada cadangan perubahan @ tambahan peraturan pilihan raya perlu mendapat kelulusan parlimen
4. Kuasa – berkuasa penuh dalam proses pilihan raya
5. Penyelesaian pertelingkahan – segala pertelingkahan dalam pilihan raya diselesaikan di mahkamah 6. Saraan – ditentukan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

 Soalan3
 Nyatakan empat cara Encik X boleh mempamerkan tadbir urus yang terbaik, iaitu dari segi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap kepada pelanggan. (di kaunter?) [4]
1. Melayan pelanggan tanpa prasangka / adil
2. Menyampaikan maklumat dengan tepat / sempurna / jelas / cukup
3. Menjawab pertanyaan pelanggan secara sopan dan mesra
4. Mempermudahkan pelanggan mendapatkan maklumat di kaunter
5. Menghargai masa pelanggan yang berurusan di kaunter

 Soalan 4
Nyatakan tiga impak amalan tadbir urus terbaik dalam pelaksanaan projek program trasformasi kerajaan? [3]
1. Dasar dan hala tuju kerajaan tercapai
2. Sistem penyampaian kerajaan semakin cekap
3. Daya saing negara dapat diitingkatkan
4. Akauntabiliti kerajaan ditingkatkan
5. Modal insan semakin berkualiti

semoga cara menjawab soalan ini bermakna  sekiranya dimaanfaat dengan sepenuhnya.