You're visitor number ...

SEMESTER 1









SENATOR

MAJORITI rakyat masih kurang jelas akan tanggungjawab Senator, berbanding wakil rakyat. Antara faktor perkara ini berlaku ialah senator tidak dipilih melalui pilihan raya, kuasa yang terhad dan hubungan yang renggang dengan orang awam.

Di Malaysia, majoriti rakyat melihat senator hanya berkhidmat kepada parti pemerintah. Pandangan ini memberi kesan kepada legitimasi Dewan Negara yang didominasi golongan berkepentingan politik beberapa dekad yang lalu.

Maka, amat penting sekali memperluaskan peranan senator dan Dewan Negara untuk menangkis perspektif ini.

Persepsi negatif terhadap senator ini turut berlaku di negara lain. Donna Dasko, seorang senator bebas di Kanada, telah melakukan kajian untuk memahami pandangan rakyat ke atas Dewan Senat.

Hasilnya, hampir 46 peratus responden memandang negatif peranan senator Kanada dan beranggapan mereka ini tidak efektif dan golongan berusia yang membazirkan wang cukai rakyat.

Namun, kajian ini turut menunjukkan pesepsi positif rakyat yang masih menyokong usaha perubahan dan reformasi senat.

Hampir 77 peratus responden menyokong pembaharuan melantik Senator melalui sebuah lembaga penasihat bebas atau ‘Senator Independent Advisory Board for Senate Appointment’.

Badan ini menyemak setiap calon senator sebelum dibawa kepada perdana menteri untuk menasihati Governor atas lantikan mereka.

Keterbukaan ini memberi kesan kepada jumlah perwakilan Senat Kanada, 58 orang Senator bebas, 31 Senator daripada parti Konservatif (pembangkang) dan 9 Senator daripada parti Liberal (kerajaan). Lebih ramai Senator yang bebas berbanding wakil parti politik.

Penubuhan badan ini antara rancangan perubahan yang dibawa oleh Perdana Menteri Kanada Justin Turdeau pada tahun 2014 selepas proses lantikan senator dikatakan tidak progresif, berat sebelah dan didominasi parti pemerintah.

Badan ini akan menyemak permohonan dan cadangan untuk meluluskannya sebelum diumumkan oleh Perdana Menteri. Perkara ini berbeza dengan amalan di Malaysia apabila 40 orang Senator dilantik oleh Yang di-Pertuan Agung berdasarkan Perkara 45(b) atas nasihat perdana menteri, tanpa sebuah badan yang menyemak kelayakan setiap calon.

Tanggungjawab senator Kanada lebih luas berbanding Malaysia. Mereka mempunyai jawatankuasa pilihan khas dan mempunyai tanggungjawab untuk berjumpa dengan masyarakat di kawasan mereka, menjalankan aktiviti seperti sesi dialog dan menyiasat isu-isu setempat.

Di Australia, Senat mempunyai tanggungjawab seperti Senat di Amerika Syarikat. Senator Australia dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dengan menggunakan sistem proportionate representation mengikut negeri atau provinsi. Pilihan raya telah memberi mandat yang kuat kepada Senator untuk menjalankan tugas mereka.

Senator di Australia mempunyai kuasa yang lebih luas berbanding Senator di Malaysia dan Kanada. Mereka boleh menolak undang-undang daripada kerajaan (kecuali undang-undang percukaian dan kewangan awam).

Jika diambil kedua-dua contoh Senat di Australia dan Kanada, maka Senator dan Dewan Negara mempunyai banyak ruang yang boleh ditambah baik.

Pertama, peranan senator perlu dikaji semula untuk memastikan mereka mempunyai tugas yang sesuai dengan kehendak semasa.

Dewan Negara boleh mengambil peranan dalam membahas dan menyiasat laporan daripada agensi dan suruhanjaya kerajaan seperti laporan Suhakam dan lain-lain yang tidak dibahaskan di Dewan Rakyat.

Mereka perlu diberikan hak untuk membahaskan sesuatu keputusan kerajaan menandatangani perjanjian antarabangsa seperti yang diamalkan Senat Australia dan Kanada.

Dewan Negara juga perlu menyemak dan meminda Akta 347 (Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan Kuasa) 1952) untuk memperluaskan peranan senator.

Kedua, senator perlu mendekati rakyat, sebagai satu usaha memaklumkan kepada orang awam tentang tugas senator dan peranan Dewan Negara.

Senat Kanada telah menganjurkan SENgage (Senator Engaging Youth), program yang diusahakan oleh senator untuk bertemu dengan golongan muda seluruh Kanada.

Cara ini memberi peluang kepada anak muda mengetahui tentang peranan senator dan bertukar pandangan dalam membincangkan dasar dan isu semasa.

Ketiga, pemilihan senator perlu dikaji semula bagi memastikan kepelbagaian dalam perwakilan. Perkara 45(4) membenarkan Parlimen menambah bilangan senator dari negeri dan mengurangkan ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kajian ini perlu, khususnya menetapkan kuota 20 hingga 30 peratus yang dilantik daripada golongan pakar seperti yang dinayatakan dalam Perkara 45(2), iaitu golongan yang pakar dalam bidang tertentu dan ras minoriti.

Langkah ini seperti cadangan Lord Speaker Committee pada tahun 2017 untuk mengurangkan anggota House of Lords daripada 826 orang kepada 600 orang dan memperuntukan 20 peratus kerusi untuk anggota bebas yang dipilih melalaui sebuah suruhanjaya.

Langkah ini bagi memastikan pandangan yang berbeza dapat disuarakan berbanding perspektif parti politik.

Usaha reformasi Dewan Negara merupakan salah satu agenda utama dalam memperkuhkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

Perubahan terhadap tugas senator secara langsung akan mengubah persepsi dan meningkatkan kepentingan Dewan Negara dalam urusan membuat keputusan tertinggi buat rakyat dan negara.


Apa Beza Dewan Negara Dan Dewan Rakyat Di Parlimen

Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu yang menyaksikan Malaysia mendapat kerajaan baru selepas 60 tahun, apabila Pakatan Harapan yng diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menafikan penguasaan Barisan Nasional yang pada waktu itu diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak buat kali pertama.
Lebih daripada sebulan PRU berlalu, 16 Julai lalu menyaksikan Parlimen Malaysia kembali bersidang buat kali pertama. Walaupun majlis angkat sumpah ahli parlimen digamatkan dengan tindakan Blok Pembangkang yang memboikot majlis tersebut setelah tidak berpuas hati dengan proses perlantikan Speaker Dewan Rakyat, namun ia sedikit sebanyak menjadi warna-warna dalam amalan demokrasi negara.

Tapi ramai daripada kita sebenarnya masih lagi keliru dengan terma-terma yang melibatkan Badan Perundangan tertinggi negara. Istilah-istilah seperti Parlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Ahli Parlimen dan Senator, masih ada dalam kalangan kita sebenarnya mencampur-adukkan penggunaan istilah tersebut apabila merujuk sesuatu isu yang diperkatakan.
Jadi kali ini kami di Siakap Keli dengan anda untuk berkongsi beberapa perkara mengenai Badan Perundangan negara kita ini.
Parlimen
Adakah Parlimen atau biasa disebut sebagai Dewan Parlimen itu sama dengan Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara? Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagi ketua negara.

Parlimen bukanlah Dewan Negara atau Dewan Rakyat. Sebaliknya ia adalah Badan Perundangan tertinggi negara kita yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Parlimen sebenarnya terdiri daripada tiga kompenan iaitu :
1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Parlimen akan terus bersidang selama lima tahun daripada tarikh pertama Parlimen bersidang selepas PRU, kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal. Sekiranya tidak, parlimen Malaysia secara sendirinya akan terbubar setelah melepasi tempoh lima tahun.  Apa yang berlaku selepas Parlimen terbubar adalah, PRU mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran dan Parlimen perlu kembali bersidang dalam tempoh 120 hari selepas PRU diadakan.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Seperti yang disebutkan tadi, YDPA berperanan sebagai Ketua Negara dan mempunyai kedudukan tertinggi dalam kompenan yang membentuk Parlimen.

Sebagai Ketua Negara, hanya YDPA seorang sahaja mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang, menghenti atau membubarkan Parlimen. Kuasa yang dimiliki oleh YDPA ini disebut dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Negara
Dewan Negara merupakan kompenan kedua dibawah Parlimen negara. Berbeza dengan Dewan Rakyat, ahli Dewan Negara yang digelar sebagai Senator tidak dipilih melalui sistem pilihan raya.

Bilangan Senator yang berkhidmat di Dewan Negara adalah seramai 70 orang dan ia terbahagi kepada dua jenis lantikan :
1. Lantikan Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab melantik seramai 26 orang senator iaitu setiap negeri akan diwakili oleh dua orang Senator (13 negeri).
2. Lantikan YDPA
Baki 44 orang Senator pula akan dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua orang wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing seorang wakil Putrajaya dan Labuan.
Jika anda mempunyai impian menjadi seorang Senator, anda perlulah memenuhi syarat-syarat ini iaitu :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang daripada 30 tahun
3. Sempurna akal
4. Tidak muflis
Senator-senator ini layak untuk memgang jawatan tersebut selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh dilantik sepenggal lagi melalui mana-mana lantikan di atas.
Senator-senator yang dipilih merupakan individu-individu yang menyumbang khidmat cemerlang kepada negara melalui profesion masing-masing seperti dalam bidang kesenian, perdagangan, industri, pertanian dan sebagainya serta wakil kumpulan atau kaum minoriti yang boleh dipercayai menjaga kepentingan kaum tersebut.

Dewan Rakyat
Berbeza dengan Dewan Negara, ahli Dewan Rakyat yang dikenali sebagai Ahli Parlimen (MP) dilantik mengisi kedudukan tersebut melalui pilihan raya. Ini bermakna, anda turut berfungsi dan bertanggungjawab dalam memilih ahli yang paling layak untuk mengisi kedudukan tersebut supaya Badan Perundangan negara dapat berfungsi dengan efektif, dan pada masa yang sama mewakili kepentingan anda di peringkat nasional.

Dewan Rakyat diisi oleh 222 orang ahli Parlimen, terdiri daripada ahli Parlimen yang bertindak sebagai Kerajaan dan ahli Parlimen daripada Pembangkang. Ketika ini, ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan berada di blok Kerajaan manakala wakil Barisan Nasional berada di blok Pembangkang. Selain Kerajaan dan Pembangkang, ada juga ahli-ahli Parlimen yang bergerak secara bebas.
Untuk menjadi ahli Parlimen, anda perlu memenuhi beberapa syarat iaitu :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 21 tahun
3. Sempurna akal
4. Bukan seorang muflis
5. Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa
Jadi, itu serba sedikit mengenai Badan Perundangan tertinggi negara yang boleh kami kongsikan. Anda minat tak nak jadi salah seorang daripada ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat?
Sumber : Portal Parlimen Malaysia







Soalan Ramalan Karangan


Globalisasi merupakan cabaran yang  dihadapi akibat kemajuan teknologi telah mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.  Bincangkan
Pengenalan:
Globalisasi telah menjadikan dunia tanpa sempadan. Semua negara didunia bebas dimasuki pelbagai maklumat tanpa batasan.  Fenomena ini sudah tentunya menimbulkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara . 
Bil
Idea
Huraian


1.
Bahagian  A  : Kesan Baik
Meningkatkan perkembangan ekonomi
-meluaskan pasaran pasaran
-Memajukan perniagaan
-Meningkatkan pelaburan asing
-Memberi peluang pekerjaan
2
Perkembangan sistem pendidikan
-Dapat melaksanakan pendidikan jarak jauh
-Pelajar dapat mengkses pelbagai maklumat.
-pembelajaran dapat dijalankan di mana sahaj walaupun tanpa pensyarah.
-Urusan pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah.
3
Meningkatkan peluang pekerjaan
-Meningkatkan kegiatan pelaburan
-Pertumbuhan ekonomi meningkat
-Menyediakan peluang pekerjaan
-Mobiliti pekerjaan
-Peluang pekerjaan yang lebih baik
4
Merapatkan hubungan antara negara / rakyat
-Rakyat dapat berinteraksi dengan penduduk negara lain
-Dapat bertukar maklumat dalam pelbagai bidang
-Negara dapat menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain.
-pelbagai isu yang terjadi dapat diselesaikan dengan mudah
5
Meningkatkan teknologi tempatan
-Teknologi moden moden dari negara maju di bawa masuk  ke Malaysia
-teknologi pembuatan, teknologi nano, bioteknologi, satelit
-Membantukan mempercepatkan kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang

6
Bahagian B : Kesan buruk
Kemasukan budaya negatif
-Budaya dari luar mudah meresap masuk dan di terima oleh rakyat Malaysia
-Meningkatnya masalah sosial seperti jenayah dan kerrosakan akhlak
-Menghakis budaya tempatan
7
Berlaku aliran tenaga mahir
-Tenaga kerja mahir berhijrah ke luar negara
-Mendapat gaji yang lumayan  dan keselesaan
-Merugikan negara – menjejaskan perkembangan ekonomi
8
Campurtangan kuasa asing
-Negara luar terutama kuasa-kuasa campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara
-Atas alasan negara tidak mampu menyelesaikan satu-satu isu
-Untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka.
-Akan menambah teruk keadaan
-menjejaskan kedaulatan negara
10
Pendominasian ekonomi oleh  syarikat asing
Syarikat asing bermodal besar mengambil alioh syarikat tempatan
-Keputusan ekonomi perlu mendapat persetujuan mereka
-Eksploitasi terhadap ekonomi  oleh pelabur asing
11
Menjejaskan keselamatan negara
-Berlaku pengitipan maklumat sulit oleh negara musuh
-Pengodaman sistem pertahan negara
-Menjejaskan keselamatan negara
12
Persaingan dengan penduduk tempatan
-Penghijrahan buruh asing masuk ke negara ini
-persaingan mendapat pekerjaan dengan penduduk tempatan
-Meningkatkan kadar pengangguran nburu tempatan

Kesimpulan:
Semua negara tidak boleh lari daripada cabaran globalisasi.  Oleh itu Negara Malaysia perlu membuat persediaan untuk menghadapinya supaya globalisasi membawa perubahan yang positif kepada rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment