You're visitor number ...

Saturday 22 June 2019

Ketidakbolehan YDPA

#PAsem1 YDPA

Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.

(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.

(2) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan.

(3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersil.

(4) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri itu atau peruntukan mana-mana undang-undang Negeri.

(5) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari, kecuali semasa lawatan Negara ke suatu negara lain.

(6) Fasal (2) dan (3) hendaklah juga terpakai bagi Raja Permaisuri Agong.

(7) Jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh undang-undang menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong selama tempoh melebihi lima belas hari, maka Fasal (1) hingga (5) hendaklah terpakai baginya sepanjang tempoh itu sebagaimana Fasal-Fasal itu terpakai bagi Yang di-Pertuan Agong.

(8) Tiada apa-apa jua dalam Fasal (1) boleh menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menjalankan apa-apa kuasa yang terletak hak padanya sebagai Raja Negerinya sama ada berseorangan atau bersama-sama dengan mana-mana pihak berkuasa lain--

(a) bagi meminda Perlembagaan Negeri itu; atau

(b) bagi melantik seorang Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja sebagai ganti mana-mana Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang telah mati atau yang tidak berupaya kerana apa-apa sebab untuk masing-masing melaksanakan tugas jawatan Pemangku Raja atau anggota Majlis Pemangku Raja.

Isu penyeludupan

#PAsem1
#AncamanJenayahRentasSempadan
#PencerobohanPenyeludupan

73 'laluan tikus' dikenal pasti sepanjang sempadan Narathiwat
Bernama |  Published Jun 15, 2019 05:27 MYT

NARATHIWAT: : Pihak Keselamatan Thailand mengenal pasti sekurang-kurangnya 73 laluan tikus di sempadan Narathiwat, Thailand dan Kelantan, Malaysia.

Komander Tentera Bahagian Keempat Leftenan Jeneral Pornsak Poolsawat berkata pihak berkuasa Thailand akan meningkatkan kawalan di sempadan sepanjang kira-kira 95 kilometer di daerah Sungai Golok, Sukhirin, Waeng dan Tak Bai di Daerah Narathiwat bersempadan dengan Kelantan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

"Laluan tikus itu sering digunakan kumpulan sindiket penyeludupan dan selain itu, kumpulan anggota bersenjata juga menggunakan laluan tikus untuk melarikan diri dari pihak berkuasa Thailand.

'Pihak keselamatan akan mempergiatkan rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti bagi mengekang aktiviti penyeludupan," katanya.

Beliau juga menyaran penduduk tempatan di sepanjang sempadan itu agar tidak lagi menggunakan laluan tikus tersebut.

#PASem1
#IsuPenyeludupan

Definisi

Penyeludupan adalah perbuatan mengangkut barang atau orang secara haram dan diam-diam, seperti keluar daripada sebuah bangunan, ke dalam penjara, atau melalui sempadan antarabangsa, bertentangan dengan undang-undang atau peraturan lain.

Sebab

- Perdagangan haram seperti dadah,
- kemasukan dan penghijrahan haram,
- mengelakkan cukai,
- penyeludupan barangan haram kepada tahanan penjara,
- penyeludupan barang yang dicuri.

Contoh lain bagi sebab bukan bermotifkan kewangan

- membawa barangan terlarang melewati sebuah pos pemeriksaan keselamatan (seperti di lapangan terbang)
-penghapusan dokumen rahsia daripada pejabat kerajaan atau syarikat.

#Penyeludupanmanusia

merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pengangkutan manusia merentasi sempadan antarabangsa ke pintu masuk bukan rasmi negara destinasi bagi banyak tujuan. Selalunya mereka yang diangkut tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau kebenaran untuk memasuki negara destinasi.

Penyeludupan manusia berlaku akibat dari ketidakupayaan sesebuah negara mengawal kawasan darat dan perairan. Biasanya manusia menyeludup dan berhijrah dari negara yang miskin, mundur dan tertutup ke sebuah negara yang maju dan mempunyai potensi ekonomi yang tinggi. Ia satu bentuk pengabdian manusia yang baru.

Penyeludupan manusia terbahagi 3 iaitu sebenar-benarnya diseludup, mereka menyeludup sendiri dan penyeludupan secara sukarela. Ramai wanita asing yang ditangkap atau diselamatkan daripada terlibat dengan pelacuran mendakwa mereka adalah mangsa pengedaran. Ramai yang masuk atas kehendak sendiri untuk mencari pekerjaan.[1]

Penyeludupan manusia bukan satu masalah luar biasa di Asia kerana globalisasi membolehkan pergerakan manusia yang lebih melalui migrasi rentas negara yang menyebabkan penyeludupan manusia. Seramai 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dan 80% daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak.

#Penyeludupanbarangan

Perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah.Jenis-jenis komoditi utama diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya.

Punca

1- Faktor geografi antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan negara Malaysia dengan Thiland yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang berkelebaran beberapa meter.

2. Punca penyeludupan seterusnya ialah berkaitan dengan undang-undang perairan antarabangsa. Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai kerana terikat dengan undang-undang perairan antarabangsa.

3. Disamping harga yang murah permintaan yang tinggi dari pengguna menyebabkan masalah ini berlarutan dan sukar dikawal.

Kesan

1. Dari segi ekonomi, negara kehilangan pendapatan daripada hasil cukai yang akan memberi impak kepada pembangunan sosial dan ekonomi

2. menggalakkan jenayah terancang, jika dibiarkan jenayah lain yang berkait dengan aktiviti penyeludupan juga boleh berlaku seperti penyeludupan dadah dan senjata api.

3. menjejaskan kesihatan dan kebersihan kerana barang yang diseludup tidak melalui proses saringan oleh pihak berkuasa,

4. mendedahkan rakyat terhadap risiko penyakit dan penggunaan barangan yang tercemar.

#Penyeludupanhaiwan

Malaysia tersenarai bersama beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam sebagai pusat transit utama penyeludupan hidupan liar. Selain menjadi lokasi pemburu haram.

Faktor

1. Permintaan tinggi terhadap beberapa tubuh haiwan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan tradisional yang tinggi terutama di China serta tabiat pemakanan masyarakat hari ini yang semakin pelik dan permintaan tinggi restoran yang menghidangkan makanan eksotik menyebabkan sesetengah haiwan dilindungi sentiasa menjadi buruan.

2. Faktor kekayaan flora dan fauna serta kepelbagaian sumber dalam negeri antara sebab Malaysia menjadi pilihan pemburu haram sebagai hab penyeludupan hidupan liar.

3. Rangkaian pengangkutan darat yang baik dan operasi pelabuhan cekap menjadikan Malaysia sebagai pusat transit pilihan negara serantau untuk menyeludup keluar haiwan eksotik yang dilindungi.

4. Malaysia merupakan negara Maritim dan penguatkuasaan yang ketat dan bersepadu agak sukar untuk dilaksanakan kerana batasan jumlah kakitangan.

Kesan

penyeludupan haiwan liar menyebabkan spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk membiak dan bilangan mereka kini semakin berkurangan.