You're visitor number ...

Wednesday 22 November 2017

Kebaikan perlaksanann GST

MANFAAT PELAKSANAAN GST

12 March 2015
Manfaat Kepada Pengguna

Pengguna ataupun rakyat akan mendapat faedah jangkamasa panjang daripada pelaksanaan GST ini apabila hasil dan pendapatan Kerajaan dari GST boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan, institusi pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.

Selain itu, melalui GST pengguna juga akan membayar harga berpatutan untuk barangan dan perkhidmatan selepas penghapusan cukai berganda seperti yang berlaku di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang. GST adalah sistem percukaian yang menggantikan SST, dan bukannya cukai tambahan ataupun lebihan yang dikenakan kepada pengguna.

Antara fakta yang lain mengenai GST yang mungkin masih tidak diketahui ramai adalah terdapat barang-barang dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST. Dalam sistem percukaian GST ini, terdapat kumpulan barangan berkadar sifar dan juga kumpulan barangan yang dikecualikan yang mana semua barangan yang tersenarai di bawah kedua-dua kumpulan ini tidak akan dikenakan GST.

Contoh-contoh barangan yang tidak dikenakan GST adalah barang makanan seperti beras, tepung gandum, gula pasir, susu bayi, roti putih, produk-produk pertanian, binatang ternakan dan daging, ubat-ubatan, bahan bacaan serta perkhidmatan- perkhidmatan awam seperti rel, bas, teksi, pendidikan dan kesihatan. Ini adalah penting bagi menjamin rakyat Malaysia terutamannya golongan pendapatan rendah hanya menerima kesan dan impak yang minimum dengan pelaksanaan GST.

Ketelusan sistem percukaian GST yang mengutip cukai di setiap peringkat menyebabkan pengguna tidak lagi membayar cukai berganda yang dimasukkan dalam harga akhir jualan seperti dalam sistem cukai jualan sekarang.

GST dapat meningkatkan aliran pendapatan negara. Kerajaan pusat dijangka akan menjana lebih banyak pendapatan dengan pelaksanaan GST. Pendapatan kerajaan yang bertambah ini dapat digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Lebih ramai orang miskin akan dapat dibantu. GST juga membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan pendapatan.

Cita2 negara berasaskan rukun negara

Cita-cita Rukun Negara

Model Ekonomi Baru


Model Ekonomi Baru ( MEB ) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Najib TunRazakpada 30 Mac 2010. Ia terbahagi kepada dua fasa. Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010.Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 ( RMK-10 ).Secara formalnya, Dasar Ekonomi Baru sudah lama dihentikan pada tahun 1990 dandigantikan dengan polisi-polisi yang lain.Model Ekonomi Baru ini berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yangbermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif disamping lebih masa. Lantaran itu, lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.Model Ekonomi Baru merupakan satu model yang menggantikan Dasar EkonomiMalaysia. Lapan Inisiatif yang akan diberikan tumpuan di dalam model ini adalah :1.

Menyuburkan kembali sector swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi.2.

Membangun tenaga kerja yang berkualiti yang akan mengurangkan kebergantungankepada pekerja asing.3.

Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing.4.

Memperkukuhkan sector awam.5.

Melaksanakan tindakan alternative yang telus mesra pasaran.6.

Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan.7.

Meningkatkan sumber pertumbuhan.8.

Memastikan pertumbuhan yang mapan.Matlamat Model Ekonomi Baru ( MEB ) iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan danterangkuman yang amat diperlukan oleh kita bagi mencapai pertumbuhan KeluaranDalam Negara Kasar ( KDNK ) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya

Tuesday 7 November 2017

Prinsip asas Malaysia dalam pembentukan dasar luar

Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah,

1. pertama, dasar luar Malaysia adalah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

2. Prinsip yang kedua adalah kerana Malaysia sentiasa menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara serta terhindar daripada penindasan. Berdasarkan prinsip ini, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua masyarakat di dunia ini dapat hidup dengan aman dan harmoni serta terhindar daripada penindasan.

3. Ketiga, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.

4.  Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998.

5. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.

Cabaran ekonomi malaysia


CABARAN EKONOMI SEMASA

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai cabaran ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara kini.
Transkrip
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Malaysia kini sedang menghadapi cabaran ekonomi berikutan beberapa faktor luaran di luar kawalan kita.
Nilai dolar Amerika telah meningkat dengan mendadak, membuatkan nilai matawang kebanyakan negara di Asia jatuh.
Selain itu pendapatan negara juga terjejas berikutan kejatuhan harga minyak lebih 50% berbanding tahun lepas.
Namun faktor-faktor yang mampu dikawal telahpun ditangani oleh Kerajaan. Antaranya, Kerajaan telah mempelbagaikan sumber pendapatan negara.
Selain minyak, Kerajaan telah banyak membuat pelaburan dan membantu meningkatkan produktiviti ekonomi serta peranan yang dimainkan oleh sektor swasta supaya negara tidak terlalu bergantung kepada dana asing buat masa panjang.
Kadar kenaikan hutang isi rumah juga telah turun sejak tahun 2010. Nilai ringgit dijangka pulih apabila harga minyak kembali stabil dan sumber pendapatan negara di sektor-sektor lain terus menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Kesimpulannya, asas ekonomi negara telah mengalami proses pengukuhan sejak beberapa tahun ini membuatkan kita terus berdaya tahan walaupun diasak oleh faktor .


2
1.1 CABARAN EKONOMI MALAYSIA
Seperti yang sedia maklum pada tahun-tahun sebelumnya, Malaysia telah menghadapi pelbagai pahit getir dalam konteks pembangunan ekonomi. Seperti yang kita tahu, krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997-1998 telah memberi impak yang besar kepada hampir kesemua negara-negara Asia termasuklah Malaysia. Biarpun Malaysia berjaya mengatasi cabaran kelembapan ekonomi pada waktu itu, persoalannya, bagaimana masa depan ekonomi Malaysia? Krisis ekonomi telah menjadi satu trend dalam jangka masa 10 tahun disebabkan oleh berlakunya lagi krisis ekonomi yang serius pada tahun 2008 selepas itu. Apabila berlakunya krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia, adakah Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi persekitaran yang tidak dijangka dalam kelembapan ekonomi? Cabaran ekonomi Malaysia dapat disenaraikan seperti berikut:

1. Ketidaktentuan ekonomi dunia.

2. Tahap daya saing Malaysia dengan negara-negara lain di dunia.

3. Malaysia dan globalisasi.

1.1.1 Ketidaktentuan ekonomi dunia
Dunia telah mengalami krisis kegawatan ekonomi yang besar pada tahun 2008 yang berpunca dari kejatuhan nilai mata wang Dollar US. Malaysia juga tidak terlepas dari menerima tempias hasil daripada kegawatan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Disebabkan oleh krisis ekonomi dunia, eksport Malaysia telah menurun sebanyak 27.8% pada bulan Januari 2009 dan penurunan pelaburan luar (FDI) di Malaysia, iaitu sebanyak RM26 billion pada tahun 2009 berbanding RM51

3
billion pada tahun 2008
2
. Ini menunjukkan bahawa betapa besarnya impak ekonomi dunia terhadap Malaysia yang mana jika dunia mengalami kegawatan ekonomi yang serius, Malaysia juga akan mengalami perkara yang sama. Cabaran ekonomi global amatlah berat sehingga menyebabkan sesebuah negara mengalami kesukaran untuk menarik pelabur luar untuk datang ke negara tersebut ketika krisis ekonomi dunia berlaku. Krisis ekonomi ini yang telah berlaku pada tahun 2008 dijangka akan berulang dalam tempoh 10 tahun akan datang, jadi Malaysia amat memerlukan persediaan yang rapi untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi kerana ekonomi bakal menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara, seperti yang berlaku di Greece yang sudah diisytiharkan negara muflis baru-baru ini. Setelah berakhirnya krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, Kerajaan Malaysia telah sedaya upaya untuk memulihkan ekonomi negara dengan melancarkan Pakej Ransangan Ekonomi berjumlah RM67 billion. Pakej ransangan pertama telah dilancarkan dengan peruntukan sebanyak RM7 billion, manakala RM60 billion diperuntukkan untuk pakej yang kedua. Sebenarnya, inisiatif yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini adalah mengikuti usaha yang dilakukan oleh negara-negara maju dalam memulihkan semula ekonomi negara masing-masing, contohnya, Amerika Syarikat (US) melancarkan pakej ransangan bagi negarannya berjumlah USD 787 billion, China dengan memperuntukkan USD 586 billion untuk pakej ransangan, pakej ransangan bagi Jerman berjumlah USD 104.5 billion dan Singapura dengan memperuntukkan sebanyak USD 13.2 billion
3
. Ini menunjukkan bahawa sesetengah negara maju juga melancarkan pakej ransangan ekonomi untuk negara mereka