You're visitor number ...

Wednesday, 9 October 2019

Faktor penentu kejayaan Pelan Integriti Nasional

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEJAYAAN SASARAN PIN

Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor yang menyumbang kejayaan sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah :

1. Kepimpinan berteladan

2. Pendidikan berterusan dan berulang

3. Komunikasi berkesan

4. Persekitaran budaya yang kondusif

5. Kesediaan individu untuk berubah

Kepimpinan Berteladan

Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.

Pendidikan berterusan dan berulang

Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilai­nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur­ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

Komunikasi Berkesan

Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.

Persekitaran Budaya yang Kondusif

Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya.
Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

Kesediaan individu untuk Berubah

Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

Friday, 16 August 2019

Nora, A story of Malaysia

We Malaysians have our “waterfall” moments too. Like Nora, we go looking for them every now and then. Sometimes, we find it. Sometimes, we don’t.

But the search is a necessary journey. Seeing the waterfall, we will exclaim as John Keats did in Ode To A Grecian Urn, “Beauty is truth, truth beauty”.

In waterfalls, there is magic when sound meets sight. We are “waterfalls”, too, in a manner of speaking. Man, the created being, is an unmatched beauty. People in love know this.

Lovers will tell you how beautiful the one is to the other. But this magic waxes and wanes. Because we train our eyes to look for differences, not similarities.

Nora was a differently-abled lady. She had a way of seeing we must learn.

The way she saw waterfalls was one. There must have been many more we do not know.

All packed in the very short 15-year life. Nora walked miles in the dark to see the beauty in God’s creation. We must too. Not only in the woods and trees. But also the beauty of the humans that we are.

Yes, there is much noise out there. And other discordance. But there is music too. The discerning will hear this. To hear is to love all the things that God has created in the Universe.

Nora did something unexplainable to us Malaysians. For 10 troubled days, we followed every piece of news of the young visitor, hoping someone would find her alive.

The world, too, watched from afar. For that very 10 days, we did the same thing together: looked out for her. We saw neither colour nor creed. Gone were our usual distractions of divisive things.

Nora is not with us any more, but she has left a lesson for us all: “see” with your heart’s “eyes”. Because the other pair isn’t colour blind.

Thus we discover ourselves. The beauty in our differences. Through Nora. This is Nora’s story.

A story of Malaysia

Thursday, 8 August 2019

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA MALAYSIA

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI

Ada satu pepatah Inggeris yang menyebut “Money makes the world go round” yang mana membawa maksud bahawa duit yang menyebabkan dunia ini terus berputar. Dalam erti kata lain, hanya dengan wang ringgit dan harta kekayaan barulah hidup ini bermakna dan boleh diteruskan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa tidak kira di mana seseorang itu berada, wang amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang cuba ditekankan di sini ialah faktor ekonomi boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu.

Semenjak tahun 2008, harga barang di Malaysia mulai naik satu-persatu disebabkan oleh kegawatan ekonomi,. Seawal tahun 2008, harga minyak mulai naik diikuti oleh beras, gula, ikan, minyak masak dan lain-lain lagi. Bukan sahaja harga barang makanan melonjak, malahan peningkatan kos turut berlaku dalam sektor perkhidmatan dan servis yang lain seperti pengangkutan dan pendidikan. Rakyat melihat kesan inflasi ini sebagai ketidakcekapan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sehingga harga barang melambung tidak selaras dengan pendapatan rakyat. Sebagai mencari jalan keluar, rakyat akan menggunakan semua saluran yang ada untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia tanpa menyedari ianya berpotensi untuk meruntuhkan negara.

Pembahagian kekayaan negara yang tidak seimbang juga menjadi punca kemarahan rakyat yang akan membawa kepada kemusnahan negara. Acapkali kedengaran isu mengenai kronisme, pilih kasih dan penguasaan harta oleh golongan tertentu menjadi bualan di media elektronik dan alam siber. Bilamana kekayaan negara hanya berlegar kepada golongan tertentu sahaja sehingga mengakibatkan peluang ekonomi orang lain terjejas, ini akan mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Rakyat akan bertindak untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dilihat tidak telus di mata mereka. Penyebaran cerita-cerita yang tidak enak akan berlaku sehingga boleh mengaibkan sesetengah pihak dan memecah-belahkan masyarakat.

Polisi kerajaan yang membenarkan kemasukan gergasi-gergasi ekonomi dari luar juga boleh membawa kepada kemusnahan negara jika tidak diawasi dengan baik. Kemasukan gedung-gedung besar seperti Giant, Tesco, Carrefour dan sebagainya telah menutup dan merosakkan peluang ekonomi peniaga-peniaga kecil tempatan. Sememangnya melalui kemasukan syarikat-syarikat ini akan membuka peluang pekerjaan, namun apalah ertinya jika ianya diambil oleh pendatang asing yang semakin bercambah. Akhirnya rakyat tempatan akan melukut di tepi gantang. Sudahlah kehilangan peluang perniagaan, kini kehilangan peluang pekerjaan pula. Justeru itu, kerajaan seharusnya bijak menangani isu ini. Janganlah ibarat kata pepatah, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Sehubungan itu, adalah penting bagi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang melanda negara Malaysia pada kadar yang segera. Dikhuatiri faktor ekonomi ini boleh membawa keruntuhan kepada kehancuran Malaysia jika tidak ditangani dengan bijak.

Mayapada, kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar kepada negara dan mendatangkan masalah kepada keluarga. Dari segi konsepsinya, kemelesetan ekonomi merujuk kepada tekanan kewangan yang dihadapi oleh negara hingga menjejaskan kehidupan masyarakat sesebuah negara.Kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada hari ini tatkala pasaran eksport negara semakin hilang kompetitif dan hal ini menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan hingga mengganggu gugat kesejahteraan keluarga. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kemelesetan ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi Malaysia dan akibatnya sektor perusahaan dan perkhidmatan mengalami penyusutan permintaan. Oleh itu, langkah yang proaktif perlu diambil segera bagi meringankan beban keluarga dalam menghadapi kegawatan ekonomi pada hari ini.

Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Negara dan Global

Krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 3.7 peratus pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar 2.2 peratus.

Situasi tersebut sudah pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat memandangkan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada ekonomi negara akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.

Beberapa langkah yg perlu diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan mengambil langkah mengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan. Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil.

Melalui langkah-langkah pentadbiran pula, kerajaan mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.

Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.

Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri. Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya membeli barang buatan Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

       Langkah perdana untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kemelesetan ekonomi adalah dengan mengamalkan amalan berjimat cermat. Hal ini demikian, kerana berjimat cermat dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga. Justeru, kita hendaklah membeli barang yang diperlukan sahaja dan mengurangkan pembelian barangan mewah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir  47 peratus rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan mereka dan hal ini sangat membimbangkan. Oleh itu, sikap biar papa asalkan bergaya yang menjadi amalan segelintir rakyat di negara ini perlu ditangani segera. Sekiranya, amalan berjimat cermat berjaya disemai dan menjadi amalan rakyat Malaysia, nescaya beban keluarga dapat  diringankan sekali gus mampu menghadapi tsunami kemelesetan ekonomi dunia.

Kerajaan harus mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.

Kerajaan juga perlu mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan bukannya menguncup demi untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat. Menteri Kewangan Kedua telahpun menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997, defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.

Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti

Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global. Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan.

Menteri Sumber Manusia, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi, mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.

Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.

Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula

Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil dan sederhana menerusi latihan semula bagi membolehkan industri berkenaan bersaing di pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S. Subramaniam berkata, latihan semula itu yang akan diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.

Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.

Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.

Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.

Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.

*Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.

Kesan kemelesetan ekonomi

1. kadar inflasi yang tinggi,

2. kenaikan harga barang,

3. penutupan kilang dan pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.

Langkah yg dimbil oleh kerajaan

3 kategori

1.      langkah-langkah fiskal,

2.      kewangan

3.       pentadbiran

Kebijakan fiskal atau kebijakan anggaran adalah kebijakan yang dilakukan pemerintah dengan cara mengubah penerimaan dan pengeluaran negara. Untuk mengatasi inflasi, pemerintah dapat melakukan kebijakan fiskal sebagai berikut:

1) Mengurangi pengeluaran pemerintah.

Untuk mengatasi inflasi, pemerintah dapat mengurangi pengeluaran sehingga permintaan terhadap barang dan jasa berkurang, yang pada akhirnya dapat menurunkan harga-harga.

2) Menaikkan tarif pajak.

Untuk mengatasi inflasi, pemerintah dapat menaikkan tarif pajak. Kenaikan tarif pajak akan mengurangi tingkat konsumsi masyarakat. Berkurangnya tingkat konsumsi akan mengurangi permintaan terhadap barang dan jasa yang akhirnya dapat menurunkan harga-harga.

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk

Thursday, 1 August 2019

Cabaran Komuniti ASEAN

Cabaran Komuniti ASEAN

Tema sambutan ulang tahun ASEAN yang ke-44 pada tahun ini sangat unik dan mendalam pengertiannya, iaitu “Unity in Diversity” atau kesatuan dalam kepelbagaian. Setiap 10 buah negara anggota ASEAN memiliki ciri-ciri dan keunikannya yang tersendiri namun perbezaan yang wujud itu adalah suatu perkara yang lumrah berbanding dengan manfaat yang bakal diperoleh melalui penggabungan komitmen negara tersebut dalam entiti yang telah diasaskan sejak tahun 1967 itu.

Idea yang merintis ke arah penubuhan entiti kerjasama rantau Asia Tenggara telah wujud sejak awal dekad 1960-an apabila tertubuhnya Association of Southeast Asia (ASA) yang dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Thailand dan Filipina. Walau bagaimanapun, gagasan ASA tergencat apabila timbul konflik tuntutan Filipina ke atas wilayah Sabah yang menyertai Malaysia pada tahun 1963.  Selain itu, kemelut konfrontasi yang menyelubungi hubungan Indonesia-Malaysia antara tahun 1963-1966 merupakan faktor tambahan yang menyebabkan sukarnya sebuah organisasi serantau diwujudkan di rantau Asia Tenggara pada awal dekad 1960-an.

Sesungguhnya peristiwa penubuhan ASEAN berlaku pada awal bulan Ogos 1967 apabila Thailand bertindak sebagai tuan rumah untuk mengadakan sesi sumbang saran bagi memikirkan hala tuju kerjasama di rantau Asia Tenggara. Bagi memastikan sesi sumbang saran itu dijalankan secara santai dan penuh keceriaan, maka bandar peranginan Bang Saen di luar kota Bangkok telah dijadikan lokasi perbincangan berkenaan. Sesi sumbang saran yang akhirnya mencetuskan penubuhan ASEAN itu telah dihadiri oleh lima orang “Bapa Pengasas ASEAN”, iaitu Tun Abdul Razak (Malaysia), Tun Adam Malik (Indonesia), S.Rajaratnam (Singapura), Narciso R.Ramos (Filipina) dan Thanat Khoman (Thailand). Melalui pendekatan santai dan penuh kemesraan yang ditunjukkan oleh lima orang tokoh berkenaan, maka pada 8 Ogos 1967 termeterailah perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi ASEAN yang menjadi batu asas keberlangsungan rantau Asia Tenggara hingga hari ini. Objektif utama penubuhan ASEAN seperti yang digariskan dalam deklarasi tersebut ialah:

a)    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau melalui usaha sama dalam semangat keamanan dan persahabatan demi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan seluruh komuniti di Asia Tenggara; dan

b)    Mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau menghormati keadilan dan undang-undang di dalam hubungan antara negara serta mematuhi prinsip carta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sejak ASEAN ditubuhkan pelbagai perjanjian dan forum perbincangan telah diwujudkan bagi merealisasikan aspirasi untuk meningkatkan kerjasama yang meluas dalam kalangan negara ASEAN. Salah satu resolusi yang cukup signifikan ialah perisytiharan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) pada tahun 1971 yang meletakkan rantau ASEAN sebagai sebuah yang rantau yang bebas dan berkecuali dari sebarang pengaruh kuasa besar yang tertentu sama ada blok Barat mahupun Timur.

Sepanjang tempoh 1976 hingga 2011 sebanyak 19 sidang kemuncak ASEAN telah diadakan bagi membincangkan pelbagai isu yang timbul dalam kalangan negara anggota ASEAN yang mencakupi aspek politik, ekonomi, keselamatan dan alam sekitar. Pada sidang kemuncaknya yang pertama pada tahun 1976 di Bali, Indonesia para pemimpin negara ASEAN telah memeterai “Treaty of Amity and Cooperation” yang memfokuskan inisiatif untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan dalam kalangan negara anggota melalui pendekatan diplomasi, seperti rundingan damai. Selain itu, sidang kemuncak di Bali ini juga telah meluluskan penubuhan Sekretariat ASEAN yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia.

Sidang Kemuncak ASEAN yang keempat pada tahun 1992 di Singapura merupakan permulaan kepada liberalisasi ekonomi di rantau ASEAN apabila pemimpin negara ASEAN mempersetujui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Mekanisme utama bagi menggerakkan AFTA ialah skim The Common Effective Preferential Tariff (CEPT). Konsep CEPT ialah pengurangan tarif terhadap produk-produk perkilangan dan pertanian sebagai langkah merancakkan perdagangan di kalangan negara ASEAN.

Krisis ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara pada tahun 1997 merupakan sejarah pahit yang akan dikenang selama-lamanya. Kegawatan ekonomi yang boleh diibaratkan sebagai “wabak penyakit” itu mula menyerang Thailand kemudian merebak ke Indonesia dan Malaysia. Instrumen krisis ekonomi 1997 adalah menerusi serangan terhadap mata wang baht, rupiah dan ringgit serta pasaran saham ketiga-tiga buah negara berkenaan. Kaedah yang digunakan oleh pemimpin negara yang dilandai teruk krisis ekonomi 1997 adalah berbeza. Indonesia dan Thailand terpaksa tunduk kepada pujuk rayu Tabung Wang Antarabangsa (IMF) manakala Malaysia di bawah teraju Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad mengambil langkah berani dengan menolak tawaran bantuan IMF tetapi sebaliknya memperkenalkan beberapa mekanisme yang akhirnya berjaya membendung serangan bertubi-tubi terhadap ringgit, iaitu menambat mata wang ringgit serta mengawal aktiviti pasaran luar pesisir yang terdedah kepada serangan spekulator mata wang. Pengalaman pahit yang terjadi 14 tahun lalu itu merupakan pengajaran yang berguna bukan sahaja kepada tiga buah negara yang menerima kesan teruk kegawatan ekonomi tetapi kepada negara-negara ASEAN lain, iaitu Singapura, Brunei dan Filipina.

Sesungguhnya ASEAN sedang mengorak langkah ke arah pembentukan komunitinya yang mantap dan saling membantu antara satu sama lain. Tonggak komuniti ASEAN ialah ekonomi, keselamatan dan sosiobudaya. Oleh itu, bagi mencapai matlamat komuniti ASEAN yang berkesan, maka beberapa cabaran penting, seperti isu keselamatan serantau dan kestabilan politik negara anggota wajar diperhalusi dengan rasional. Pada masa ini Myanmar adalah satu-satunya negara ASEAN yang masih diperintah oleh junta tentera yang tidak mengamalkan demokrasi. Myanmar yang menganggotai ASEAN pada tahun 1997 menempa imej yang negatif di pentas antarabangsa kerana rekod buruknya dalam aspek hak asasi manusia. Isu pelarian Ronhingya dan sekatan kebebasan bersuara terhadap tokoh politik wanita Myanmar, Suu Kyi merupakan dua perkara yang mendapat perhatian dunia. Kemuncak kerakusan rejim junta Myanmar ialah serangan terhadap sekumpulan sami Buddha pada tahun 2007 yang mengadakan demonstrasi jalanan membantah tindakan junta mengurangkan subsidi petrol hingga membebankan rakyat Myanmar. Pendekatan junta Myanmar yang memandang remeh kebebasan hak asasi manusia ini pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN pada September 2007 hingga terdapat  dalam kalangan pemimpin ASEAN yang berpandangan bahawa Myanmar perlu digantung keanggotaannya. Di Thailand pula, keganasan di wilayah bergolak Selatan Thai merupakan satu cabaran yang berat kepada Kerajaan Thai yang kini diterajui oleh Yingluck Shinawatra. Serangan terbaru di Sungai Golok yang berlaku pada hujung September 2011 lalu meletakkan wilayah Selatan Thai dalam kondisi darurat. Walaupun Yingluck dan kabinetnya pada masa ini sedang berusaha keras mengatas krisis bencana alam banjir yang melanda wilayah utara Thailand, namun masyarakat antarabangsa juga sedang menantikan satu pakej penyelesaian yang komprehensif  terhadap krisis di Selatan Thai yang dihuni majoriti etnik Melayu beragama Islam.

Pelancaran piagam ASEAN pada penghujung tahun 2008 merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang progresif dan saksama dalam mendepani cabaran globalisasi. Matlamat piagam ASEAN yang menitikberatkan pengiktirafan hak kedaulatan dan kebebasan sesebuah negara dalam kalangan anggota ASEAN jelas menzahirkan bahawa rantau Asia Tenggara bebas daripada dasar campur tangan corak pemerintahan sesebuah negara. Walau bagaimanapun hal ini tidak bermakna ASEAN akan berdiam diri sekiranya berlaku pelanggaran hak asasi manusia di mana-mana negara ASEAN. Oleh yang demikian, pada tahun 2009 Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia telah ditubuhkan sebagai wadah untuk menyelesaikan sebarang pertikaian hak asasi manusia seperti pemerdagangan manusia dan hak kebebasan bersuara.

Peranan ASEAN sebagai payung kepada keharmonian rantau Asia Tenggara perlu dipertahankan dan masih relevan walaupun belum mampu setanding dengan Kesatuan Eropah yang ditubuhkan 24 tahun selepas pembentukan ASEAN. Seluruh dunia perlu menerima hakikat bahawa gagasan liberalisasi rantau ASEAN dalam segenap aspek perlu dilakukan dengan teliti agar tidak memudaratkan nilai timur yang dijunjung oleh segenap negara anggotanya.

Jenayah (Ciri-ciri, sebab&Faktor, kesan,Cabaran,Langkah)

Jenayah

Jenayah yang memberi kesan kepada keamanan atau keselamatan lebih daripada satu negeri atau yang begitu tercela dalam alam semulajadi sebagai untuk mewajarkan campur tangan agensi antarabangsa dalam penyiasatan dan pendakwaan itu.

Ciri
a) Jenayah terhadap keamanan (crimes against peace)
b)Jenayah pencerobohan (crimes of aggression)
c)Jenayah peperangan (war crimes)
d)Jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity)
e) Genosid

Sebab/faktor
a) Tuntutan politik melalui keganasan
b) Sikap tamak manusia
c) Secara paksaan (contohnya, keldai dadah)
d) Ketiadaan pegangan agama

Kesan
a) Imej dan reputasi negara yang terlibat akan dijejaskan.
b) Keselamatan dan keharmonian rakyat tidak terjamin.
d) Kedaulatan negara dicabarkan oleh tindakan penganas.
d) Sektor pelancongan terjejas.
e) Sektor ekonomi dijejaskan.
f) Proses pembangunan negara dijejaskan.

Cabaran
a) Kebesaran dan kerumitan model organisasi haram tersebut.
b) Kekurangan informasi tentang organisasi haram tersebut.
c) Kebolehan penjenayah untuk menggunakan teknologi canggih untuk mengelakkan perhatian pihak berkuasa.
d) Penjenayah yang terdiri daripada individu yang berpendidikan tinggi.

Langkah
a) Mengadakan perjanjian antara agensi penguatkuasa negara lain dan antarabangsa
b) Saling bertukar maklumat, pengalaman dan kepakaran dengan agensi negara lain.
c) Menguatkuasakan undang-undang lebih ketat seperti Akta Anti Penyeludupan Manusia.

Wednesday, 31 July 2019

Istilah kehakiman

Istilah kehakiman

1.  Afidavit
Pernyataan bertulis atas nama seseorang membuat pengakuan dalam kes sivil / kes jenayah.
2.  Alibi
Bukti yang menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan, tertuduh berada di tempat lain.
3.  Appointee
Orang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.
4.  Assumpsit
Tindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.
5.  Autre conuict
Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa bahawa dia telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu.
6.  Bail
Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran penjamin dirampas.
7.  Bailiff
Orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada seseorang.
8.  Bona fide
Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan dalam perbuatan yang salah.
9.  By-law/bye-law
Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan.
10.  Certiorari
Permohonan terhadap Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rendah
11.  Common Law
Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk lisan.
12.  Consensus ad idem
Persetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.
13.  Coroner
Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan.
14.  Cy-pres
Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat sesuatu niat yang umum.
15.  Deed
Surat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit.
16.  De facto
Dari segi persoalan fakta
17.  Defendan
Tertuduh dalam kes perbicaraan.
18.  Ekstrinsik
Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis.
19.  Ex parte
Permohonan oleh plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran defendan (tertudh)
20.   Fustus officio
Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah yang sama selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan.
21.  Habeas Corpus
Writ diperoleh daripada mahkamah yang mengarah seseorang yang berada dalam tahanan pihak berkuasa dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar dan membela dirinya.
22.  Injuksi
Perintah mahkamah supaya defendan melakukan /tidak melakukan sesuatu perkara.
23.   Levi
Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.
24.   Mandamus
Writ dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengarah seseorang/ sesebuah badan menjalankan kewajipan untuk orang awam.
25.  Mandatory
Hukuman yang patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat.
26.  Mortage
Gadai janji
27.   Penalty
Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang bertentangan dengan syarat dalam kontrak.
28.   Petition
Rayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah.
29.   Plaintif
Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh.
30.   Prima facie
Keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai bukti kesalahan tertuduh.
31.   Status quo
Berada pada kedudukan asal
32.   Quarantine
Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit.
33.  Saman
Dokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah pada masa yang ditetapkan.
34.   Sheriff
Melaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.
35.    Sapina
Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan perbicaraan.
36.   Ultra vires
Perbuatan yang melampaui batas undang-undang
37.   Void
Terbatal kerana sah
38.   Waran
Perintah diberi kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/ menghadapkannya ke mahkamah
39.    Writ
Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan / mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu / menghalangnya daripada melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan memerintahkan defendan hadir dari kes sivil.

Sunday, 28 July 2019

Kepentingan tadbir urus yang baik dan langkah memperkasa perkhidmatan awam

1. Memperkasa daya saing negara
Memperkasa latihan kepada kakitangan awam sama ada latihan ilmu atau ICT
Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan
Meningkatkan daya saing kakitangan peringkat tempatan dan antarabangsa

2. Menjana potensi modal insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan
Modal insan ini perlu diurus secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
Pendekatan strategik amalan pengurusan modal insan dalam aspek pemilihan, pembangunan dan pengurusan personel

3. Menerajui Tranformasi perkhidmatan awam
Pemodenan dalam sektor perkhidmatan
Tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berdedikasi dan bermotivasi amat diperlukan.

4. Memberi kepuasan kepada orang berkepentingan/ stakeholders
Menyediakan perkhidmatan yang lebih bekualiti dan memuaskan hati pelanggan
Menyediakan SOP yang mesra pelanggan
Mengurangkan karenah birokrasi dan sistem menunggu yang pendek

5. Meningkatkan imej negara
Penekanan tadbir urus yang baik dalam sektor sumber manusia dan teknologi serta prosedur kerja dalam perkhidmatan dan penyampaian awam akan meningkatkan kecekapan.
Perkhidmatan yang baik akan dapat mewujudkan hubungan antara kerajaan dengan orang ramai, konflik komunikasi antara rakyat dengan kerajaan boleh diatasi.

Langkah memperkasa perkhidmatan awam
6. Menyediakan latihan dan kompetensi
Bahagian sumber manusia perlu menyediakan latihan berterusan.
Suruhanjaya perkhidmatan hanya akan mengambil kakitangan yang berkualiti
Menyediakan modul latihan berasaskan sistem ICT yang terkini

7. Membudayakan kreativiti dan inovasi dalam kakitangan
Kakitangan awam berfikiran kritis dan konstruktif
Membudayakan percambahan fikiran dalam kakitangan awam
Peranan MAMPU untuk membudayakann kreativiti dan inovasi

8. Meningkatkan kebajikan penjawat awam
Menyemak semula tangga gaji dan kemudahan perkhidmatan awam agar memberikan motivasi kerja.
Mewujudkan suasana bekerja yang kondusif

9. Meningkatkan kemahiran dan penggunaan ICT
Menyediakan perkhidmatan dalam talian.
Urusan laman web memudahkan urusan.
Rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan.

10. Memperkasakan penguatkuasaan undang2/ peraturan
Tindakan disiplin atau tatatertib terhadap kakitangan yang culas, lemah dan ingkar arahan perlu dilaksanakan oleh suruhanjaya yang berkaitan

Kesan globalisasi kepada masyarakat dan negara

Kesan Baik
Meningkatkan perkembangan ekonomi

-meluaskan pasaran pasaran

-Memajukan perniagaan

-Meningkatkan pelaburan asing
-Memberi peluang pekerjaan

Perkembangan sistem Pendidikan

-Dapat melaksanakan pendidikan jarak jauh

-Pelajar dapat mengkses pelbagai maklumat.

-pembelajaran dapat dijalankan di mana sahaj walaupun tanpa pensyarah.
-Urusan pembelajaran dapat dijalankan dengan mudah.

Meningkatkan peluang pekerjaan

-Meningkatkan kegiatan pelaburan

-Pertumbuhan ekonomi meningkat

-Menyediakan peluang pekerjaan

-Mobiliti pekerjaan
-Peluang pekerjaan yang lebih baik

Merapatkan hubungan antara negara / rakyat

-Rakyat dapat berinteraksi dengan penduduk negara lain

-Dapat bertukar maklumat dalam pelbagai bidang

-Negara dapat menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain.
-pelbagai isu yang terjadi dapat diselesaikan dengan mudah

Meningkatkan teknologi tempatan

-Teknologi moden moden dari negara maju di bawa masuk  ke Malaysia

-teknologi pembuatan, teknologi nano, bioteknologi, satelit
-Membantukan mempercepatkan kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang

Bahagian B : Kesan buruk
Kemasukan budaya negative

-Budaya dari luar mudah meresap masuk dan di terima oleh rakyat Malaysia

-Meningkatnya masalah sosial seperti jenayah dan kerrosakan akhlak
-Menghakis budaya tempatan

Berlaku aliran tenaga mahir

-Tenaga kerja mahir berhijrah ke luar negara

-Mendapat gaji yang lumayan  dan keselesaan
-Merugikan negara – menjejaskan perkembangan ekonomi

Campurtangan kuasa asing

-Negara luar terutama kuasa-kuasa campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara

-Atas alasan negara tidak mampu menyelesaikan satu-satu isu

-Untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka.

-Akan menambah teruk keadaan
-menjejaskan kedaulatan negara

Pendominasian ekonomi oleh  syarikat asing

Syarikat asing bermodal besar mengambil alioh syarikat tempatan

-Keputusan ekonomi perlu mendapat persetujuan mereka
-Eksploitasi terhadap ekonomi  oleh pelabur asing

Menjejaskan keselamatan negara

-Berlaku pengitipan maklumat sulit oleh negara musuh

-Pengodaman sistem pertahan negara
-Menjejaskan keselamatan negara

Persaingan dengan penduduk tempatan

-Penghijrahan buruh asing masuk ke negara ini

-persaingan mendapat pekerjaan dengan penduduk tempatan
-Meningkatkan kadar pengangguran buruh tempatan