You're visitor number ...

Thursday 24 May 2018

Laksana Cukai SST 20% Ganti GST –

Pembangkang Akan Laksana Cukai SST 20% Ganti GST –
Oleh Ketua Pengarang / dalam Politik / pada Friday, 08 Sep 2017 06:44 AM / 0 Komen / 92248 sudah membaca
KETIKA India muncul sebagai negara ke-160 melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Julai lalu, Mahathir kini cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.

Mungkin mahu melemparkan tohmahan jahat dengan dakyah konon GST menindas rakyat, beliau dilaporkan mahu memulihkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) jika Pakatan Harapan berjaya ‘menawan’ Putrajaya.

Bercakap dalam forum “Insight Talk – Saving Malaysia: Friends and Foes” anjuran portal propembangkang, The Malaysan Insight di Putrajaya pada Rabu, Mahathir sekali lagi mahu rakyat kembali kepada era SST lebih teruk!

Beliau tanpa rasa bersalah mendakwa langkah menghidupkan balik SST yang diketahui berkadar lebih 20 peratus itu konon boleh membantu ekonomi negara serta tidak memudaratkan rakyat dan sektor kewangan kerajaan.

“Jika kami (Pakatan Harapan) ingin hapus GST, kami mesti pulih SST. Tetapi semua proses dilakukan oleh kerajaan baharu perlu dilaksana secara berperingkat. Jika kami hapus secara tiba-tiba dan kami tiada sumber pendapatan.

“Ia akan memudaratkan kerajaan (Pakatan Harapan). Dahulu, hanya dengan sumber petroleum, ketika kami terpaksa naik harga petrol, kami melakukan secara berperingkat supaya tidak jejas rakyat,” dalih Mahathir.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, sebelum ini mengumumkan blok pembangkang itu akan bertindak menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari jika mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Apa yang sengaja tidak disebut oleh Mahathir ialah GST hanya berkadar 6 peratus, malah lebih 300 produk asas pengguna yang lazim dibeli golongan miskin langsung dikenakan kadar sifar sejak diperkenalkan pada 2015 lalu.

Ia dilaksanakan kerana ramai peniaga sebelum itu dikesan berjaya menipu pihak kastam apabila mengutip SST yang dikenakan kepada pengguna sehingga menyebabkan berlaku ketirisan hasil negara. – Agensi/Mynewshub

TAG SEBAGAI: Gst Mahathir

No comments:

Post a Comment