You're visitor number ...

Friday 5 July 2019

Langkah mengurangkan Pulau Haba

Langkah mengurangkan fenomena pulau haba
1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab bandar. Pokok-pokok ini mampu mengekalkan kelembapan udara di samping menyerdahankan suhu.
2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi penguatkuasaan undang-undang.
3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang banyak membebaskan gas rumah hijau sebaliknya mengunakan atau memanafaatkan sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidro elektrik.
4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan CFC seperti pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat semburan yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan. 5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen kongsi kereta. menggunakan sistem pengangkutan awam yang mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.
#PulauHaba
Sumber: Blog CNM

No comments:

Post a Comment